Friday, December 02, 2016

M'sia, Selepas Ahok, Ini Pula Hina Quran..


15171241_1330592286973470_5751564452819053082_n
MELAKA – Biadab dan menghina agama Islam! Itulah gambaran perbuatan tidak sensitif sebuah syarikat dipercayai dari Semarang Tengah, Indonesia apabila tergamak membuat, menjual dan mengeksport ribuan alas kaki yang berlapikkan lapisan kertas tertera ayat-ayat suci al-Quran di bawahnya.
Selain dijual di Indonesia, alas kaki tersebut turut dibawa masuk ke Malaysia dan dijual secara meluas pada harga RM1.80 hingga RM2 di kedai-kedai di seluruh negara.
Perbuatan keji syarikat tidak bertanggungjawab itu terbongkar selepas Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) merampas kira-kira 500 alas kaki yang tersembunyi kertas mengan­dungi ayat suci al-Quran dalam serbuan di sebuah gudang pembekal alat keperluan rumah di Krubong di sini semalam.
1-dira-abu-zahar-suami-bercerai-jpeg
 ALAS kaki yang dihasilkan di Indonesia ini dipercayai meletakkan kertas tertera ayat al-Quran yang diambil daripada buku-buku sekolah terpakai.
Pemeriksaan bersama penguat kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis itu dibuat ekoran kejadian viral sekeping gambar alas kaki mengandungi ayat al-Quran minggu lalu.
Ketua Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, serbuan itu juga rentetan daripada kejadian viral sama di Johor dan di Indonesia sendiri baru-baru ini.
“Kejadian alas kaki mengan­dungi ayat suci al-Quran ini mula viral di Johor sejak Februa­ri lalu, namun pemeriksaan dilakukan di gudang ini tidak menjumpai barang-barang tersebut.
“Bagaimanapun, serbuan ke­dua di gudang pembekal sama hari ini (semalam) membawa kepada penemuan kira-kira 500 alas kaki yang dikesan mengandungi lapisan kertas tertera ayat suci al-Quran termasuk hadis dan doa-doa harian,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails