Friday, December 02, 2016

Ahok Dihadap Ke Mahkamah Indonesia Kerana Hina Agama.


Hasil carian imej untuk Ahok didakwa ke mahkamah Penyandang Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, akan didakwa ke mahkamah sebagai penista agama ekoran kenyataannya yang ...
JAKARTA – Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok akan dihadapkan ke mahkamah kerana menghina Islam dalam satu kenyataannya, kata polis semalam.
Jurucakap polis nasional, Rikwanto berkata, Ahok telah menandatangani kes terhadap dirinya dan beliau dijadualkan hadir di hadapan pendakwa raya lewat semalam.
Menurut Pejabat Peguam Negara kelmarin, pihaknya akan mengemukakan kes itu kepada mahkamah tetapi tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.
Tuduhan menghina agama itu berkaitan kenyataan Ahok semasa berkempen pada September lepas apabila beliau menyatakan bahawa lawannya menggunakan ayat suci al-Quran untuk memperdayakan pengundi.
Dalam pada itu, beribu-ribu orang Islam dijangka menyertai perhimpunan besar-besaran di Jakarta hari ini bagi menuntut Ahok meletak jawatan.
Pemimpin berusia 50 tahun itu meneruskan kempen untuk mengekalkan jawatannya dalam pilihan raya Gabenor pada 15 Februari depan. 

Polisi Mengaku Kawal Rombongan Massa Aksi Bela Islam III dari Tasikmalaya ke Jakarta
Bas-bas  pengantar peserta Aksi Bela Islam III bantah Ahok, dari Tasikmalaya ke Jakarta, Khamis (01/12/2016).

Sementara itu, sekurang-kurangnya 20 unit bas dan puluhan kenderaan persendirian yang mengangkut peserta Aksi Bela Islam III dilepas Wakapolresta Tasikmalaya, Kompol Syarif Zainal Abidin. Pelepasan di laman Pondok Pesantren Salalatul Huda Kota Tasikmalaya, Jawa Barat, Khamis (01/12/2016) itu juga dihadiri Pimpinan Pondok Pesantren KH Aminudin Bustomi. Rombongan 20 bus rencananya dikawal secara melekat oleh pihak polis Polresta Tasikmalaya hingga tiba di Jakarta. Pengawalan juga akan dilakukan semasa rombongan kembali ke Kota Tasikmalaya. "Khidmat terhadap Aksi Super Damai ini, kami dari Polresta Tasikmalaya melakukan pengawalan melekat dari titik berlepas hingga tiba di Jakarta. Pengawalan juga akan dilakukan ketika pulang ke Kota Tasikmalaya, "papar Wakapolresta Tasikmalaya, Kompol Syarif Zainal Abidin, Khamis (1/12/2016). Setiap rangkaian akan dikawal 10 anggota polis. Dari hasil pantauan media, di Kota Tasikmalaya sendiri ada 6 titik pemberangkatan. Semuanya dikawal secara melekat. "Nantinya setiap rangkaian akan dikawal 10 anggota polis. Sementara ini info ada 6 titik yang akan memberangkatkan peserta aksi, "tambah Syarif, lapor Islamic News Agency (INA). (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails