Monday, August 15, 2016

Tahniah JAIM, Cekup 8 Pasang Di Hotel Bajet.

 Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam dicekup penguat kuasa JAIM di sebuah hotel bajet di Klebang, Melaka dalam serbuan awal pagi semalam.
MELAKA – Lapan pasa­ngan kekasih termasuk tiga daripadanya penuntut universiti awam dan swasta dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Me­laka (JAIM) dalam serbuan di beberapa hotel bajet di sekitar Melaka Tengah di sini awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12 pagi itu, seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun yang dicekup me­ngaku sanggup menunggu pasangannya pulang dari kerja selama lapan jam di bilik hotel berkenaan hanya untuk bermadu kasih.
Difahamkan, dia yang sedang mengikuti program pradiploma di sebuah institusi pengajian tinggi awam dekat sini telah mendaftar masuk bilik berkenaan pada pukul 9 pagi manakala pasangannya yang berusia 20 tahun dari Klang, Selangor datang kemudian kira-kira pukul 5 petang kelmarin.
Sementara itu, sepasang kekasih dari Selangor yang ditahan memberitahu, mereka mempunyai hubungan sekadar kakak angkat dan adik angkat serta mendaftar masuk ke hotel bajet berkenaan untuk berehat.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata, sepanjang operasi selama tiga jam itu, seramai 17 individu berusia 18 sehingga 38 tahun terma­suk seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah. (Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails