Friday, August 19, 2016

Muslimah Berenang Dipantai, Itali Tidak Se Fanatik Perancis, Austria, Jerman...




ROME – Kerajaan Itali tidak akan mengikut jejak Perancis, Austria dan Jerman sebaliknya masih lagi membenarkan pemakaian burkini oleh wanita Muslimah yang ingin berenang di pantai-pantai awam di seluruh negara tersebut.

Sungguhpun demikian, pemerintah Itali merancang untuk memperketatkan lagi peraturan ke atas pelantikan jawatan imam dan kawal selia urus tadbir masjid, menurut Menteri Dalam Negeri Itali, Angelino Alfano ketika bercakap kepada pihak media tempatan pada 17 Ogos.

burkini
Beliau malah memberitahu akhbar terkenal Corriere della Sera bahawa Rome menyifatkan sekatan dikenakan masing-masing oleh Paris, Vienna dan Berlin terhadap pakaian Muslimah sebagai amat tidak produktif kerana ia boleh mencetuskan tidak balas yang lebih negatif.
Tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri ialah menjaga keselamatan Itali dan memutuskan agar tindakan kami itu pula tidak akan mengundang sebarang tindak balas yang negatif seperti serangan berdarah berlaku di beberapa negara Eropah sendiri,” kata Alfano.
Apabila ditanya mengenai pengharaman terhadap pemakaian burkini di beberapa tempat peranginan tepi laut di Perancis, Austria dan Jerman baru-baru ini, beliau menambah: “Saya tidak fikir model di negara tersebut dapat membuahkan hasil untuk mereka sendiri.”
Alfano bagaimanapun merancang untuk mengusulkan undang-undang keselamatan baharu pada September depan dan mendedahkan bahawa beliau mahu semua imam yang mengajar dan menyampaikan ceramah agama di masjid-masjid tempatan mesti dilatih di Itali.
masjid MOSCHEA ROMA, MASJID TERBESAR DI BENUA EROPAH. – GAMBAR HIASAn
Semua masjid perlu patuh undang-undang baharu ini. Cukuplah dengan ada masjid yang tiba-tiba muncul di garaj,” tegas beliau merujuk kewujudan banyak masjid baharu yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan berbahaya dari segi keselamatan jemaah.
Alfano setakat ini sudah menghantar pulang sembilan imam warga asing ke negara asal mereka kerana dipercayai cuba menyebarkan fahaman radikal kepada umat Islam di Itali sejak awal tahun ini dalam usaha mengekang penularan ideologi kumpulan pengganas Daesh.
Beliau turut mempertahankan pendekatan keras tersebut, yang meskipun tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi di Itali malah disambut baik majoriti masyarakat Muslim tempatan, namun perlu diambil bagi mengurangkan risiko radikalisme daripada merebak.
Menurut Alfano, beliau perlu bersikap “praktikal kerana terdapat lebih 1.5 juta Muslim di seluruh Itali dan saya tentu sekali tidak boleh menganggap mereka sebagai pengganas atau penyokong pengganas kerana andaian prasangka tersebut memang agak keterlaluan“.
Islam tiba di Itali seawal kurun ke-9 dan kini dianggarkan 10,000 orang memeluk Islam setiap tahun di negara majoriti Kristian itu waima masjid terbesar di benua Eropah, Moschea Roma dengan kapasiti 12,000 jemaah terletak di ibu kota Itali. – Agensi.

2Shares

2 comments:

Anonymous said...

DAP menentang sebarang kaum yg nak tutup aurat. Tapi PAN tetap menyanjungi DAP yang anti Islam itu. Kenapa? PAN adalah KHADAM DAP.


http://www.ismaweb.net/2015/02/puak-kafir-dalam-dap-janganlah-melampau-lampau/

Puak kafir dalam DAP… janganlah melampau-lampau

Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Lagi-lagi mereka – puak-puak rasis dan ekstrem DAP – mempertikaikan cara hidup umat Islam.

Apakah kita bangsa Melayu dan umat Islam hendak didik anak-anak kita cara hidup Islam pun kena ikut apa kata puak-puak yang masih kafir itu?

Demikianlah betapa rasis dan ghairahnya puak-puak DAP sejak kebelakangan ini mahu menjadikan Islam mengikut acuan mereka, sedangkan yang memerintah negara ini adalah orang Islam.

Apa akan jadi kepada Islam sekiranya puak-puak kafir ini dibenarkan memerintah Malaysia? Boleh jadi masjid di seluruh negara tidak dibenarkan langsung melaungkan azan?

Boleh jadi mereka akan mengharamkan khutbah Jumaat atau teks khutbah itu mesti mendapat kelulusan puak-puak jahil dan sombong itu terlebih dahulu sebelum dibacakan?


Kita berpesan kepada muda mudi Islam mengenai aurat dan cara berpakaian pun mereka masuk campur. Demikianlah apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan teks khutbah yang bertajuk ‘Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri’ dan dikeluarkan minggu lalu, lalu dikritik oleh EXCO Pulau Pinang daripada DAP, Chong Eng. Dia dilaporkan mendakwa bahawa penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat ‘menghukum’ golongan itu atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada serangan seksual.

Jika puak-puak ini dibenar memerintah negara, mungkin wanita Islam dilarang memakai tudung, hijab atau purdah atau niqab. Sekarang ini pun sudah ada syarikat-syarikat milik puak-puak seperti ini yang enggan mengambil wanita Islam bertudung, apa lagi berhijab, bekerja di firma mereka.

Lihatlah betapa rasisnya mereka. Tetapi mereka menuduh pula umat Islam yang mempertahankan agama sendiri daripada gangguan mereka sebagai rasis dan ekstrem.

Satu pesanan kepada puak-puak ini, khususnya dalam DAP – manusia mempunyai sifat amarah dan sifat itu mempunyai tahapnya. Jangan mencurah minyak ke dalam api, nanti terbakar diri.

Setakat ini umat Islam hanya meluahkan kemarahan dengan mulut. Kita bimbang suatu hari nanti mereka tidak dapat bersabar, maka tangan dan kaki pula yang sampai. Mohon dijauhkan Allah daripada berlakunya perbuatan seperti itu.

HABAQ MAI: Adakah portal-portal berita liberal atau The Rocket mahu mempertikaikan penggunaan istilah ‘KAFIR’ itu? Sebelum mempersoalkan istilah itu, lebih baik belajar dulu atau tanya staf-staf anda yang beragama Islam – ada atau tidak al-Quran menyebut ‘orang bukan Islam’. Tapi jangan tanya Mat Sabu!

Ketua Pengarang
ISMAweb

Anonymous said...

Wahai PAN mengapa kamu sokong golongan anti jaga aurat yakni DAP. Mengapa orang anti jaga aurat disanjungi orang Islam dibenci. Wahai PAN, ada benda tak kena dengan kam ni.

http://www.ismaweb.net/2015/02/chong-eng-sudah-hilang-idea-isu-khutbah-jakim/

Chong Eng sudah hilang idea isu khutbah: Jakim

PEKAN, 12 Feb – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan Ketua Wanita DAP, Chong Eng yang mengkritik khutbah Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung aurat wanita pada minggu lalu sengaja membangkitkan isu berkenaan kerana beliau sudah kekeringan idea.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, berkata tindakan Chong Eng itu dilihat memberi kepentingan kepadanya dari segi politik.

“Dari segi tindakan pula, semuanya terletak di bawah negeri. Maknanya jabatan agama di setiap negeri yang mempunyai bidang kuasa,” katanya kepada pemberita selepas Program Multaqa Imam, Jawatankuasa Masjid Guru Kafa dan Guru Takmir negeri Pahang di sini, hari ini.

Chong Eng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang mengeluarkan kenyataan mengkritik JAIS yang didakwanya menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri’.

Chong Eng yang juga EXCO Pulau Pinang mendakwa, penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat ‘menghukum’ golongan tersebut atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada kes serangan seksual. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails