Tuesday, August 16, 2016

Laman Cheongster Tawar Pelacuran Ditutup? Tiada Apa-apa Tindakan?

INILAH laman web Cheongster yang sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Setelah lebih dua tahun mempromosi kegiatan persundalan dan pelacuran di negara ini, laman sosial Cheongster tidak lagi boleh diakses oleh orang ramai ekoran pendedahan Kosmo! me­ngenai aktiviti jijik itu.
Siasatan Kosmo! men­­dapati laman sosial itu masih lagi beroperasi seperti biasa pada se­belah pagi namun ia tidak lagi dapat diakses se­perti biasa selepas pukul 4 petang semalam.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penutupan laman sosial itu dilakukan oleh pengendali Cheongster sendiri atau pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Cubaan Kosmo! untuk mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta SKMM tidak berhasil apabila kesemua pegawai tertinggi agensi tersebut enggan mengulas mengenai laman itu.
 

 Malaysians Must Know the TRUTH: Lima Negara Asia Paling Ramai Pelacur, Malaysia Tersenarai
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia, Dr. Nor Azura Husin berkata, laman sosial tersebut tidak dapat dilayari disebabkan pengendali laman sosial itu yang menyekat ia daripada diakses oleh pihak luar. 
Syabas Kosmo! Nampaknya tiada apa-apa tindakan diambil oleh pemerintah? (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Mujur ada yg sayang ugama lagi. Nak harap PAN-Ikram Al Karam, kirim salamlah. Ini kerana menjadi liberal sekular untuk menjaga hati DAP yg anti Islam.

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/11/kenapa-pan-membisu-apabila-g25-cadang-pemansuhan-undang-undang-khalwat/

Kenapa PAN Membisu Apabila G25 Cadang Pemansuhan Undang-Undang Khalwat ?

Zainal Salleh – Akhirnya bisul dendam golongan yang selama ini terkilan Islam menyekat ‘kebebasan bersuara’ dan tidak mengendahkan ‘hak peribadi’ mereka, pecah. Lantas mereka menggesa kerajaan “membetulkan” keadaan ini.

Kumpulan pesara Melayu perkhidmatan kerajaan atau G25 ini menggesa kajian semula terhadap pelaksanaan undang-undang Islam yang menjadikan dosa peribadi, seperti berkhalwat, satu jenayah.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, enakmen kesalahan jenayah syariah yang ‘menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat’ harus dikaji semula.

Lantas G25 mahu mewujudkan satu jawatankuasa konsultatif demi menghapuskan kekangan sedemikian yang menceroboh ‘ruang kehidupan dan sfera peribadi rakyat’.

Ramai ulama yang bingkas bangun membidas kenyataan G25 yang dianggap melampau.

Malah ahli politik seperti Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berpendapat perundangan sedia ada memadai untuk menguruskan kepentingan umat dan peraturan Islam. PAS pun demikian.

Namun sedihnya pemain terbaru dalam politik Islam di Malaysia – Parti Amanah Negara (PAN) — lembab sedikit menyatakan pendirian dalam isu dosa khalwat adalah persoalan insan dengan Allah sahaja.

Sayugia diingat sebelum ini PAN juga tidak menetapkan pendiriannya dalam isu melesterikan alam sekitar khususnya isu penambakan laut di Pulau Pinang.

Sedihnya, G25 yang mewakili pesara perkhidmatan kerajaan yang selama ini “menderita” dek kesumat terhadap peraturan dan pengurusan Islam di negara ini hanya membisu ketika berkhidmat.

Adakah ini kerana mereka tidak mahu kedudukan dalam pentadbiran kerajaan akan tergugat? Kini apabila sudah “bebas” daripada peraturan dan kanun perkhidmatan awam, baru mereka bertindak?

Adakah keberanian ini timbul kerana ketika berkhidmat mereka berasa golongan yang sefahaman mereka adalah minoriti tetapi apabila sudah “bebas”, mereka percaya kedudukan mereka “selamat” jika bersuara dalam sebuah NGO seperti G25?

Kini apabila sudah terjamin bayaran pencen, baru mereka berani mengambil kesempatan kemelut politik negara kini untuk meluahkan apa yang terbuku di dada?

Sayangnya, sikap membisu PAN yang mengaku berjuang atas landasan Islam agak menyedihkan. Kini peraturan Allah – amar makruf nahi mungkar – dipertikaikan; tetapi PAN membisu.

Apakah perhitungan PAN isu ini tidak menguntungkan di segi politik? Adakah ia lebih gusar kemungkinan hilang sokongan 25 pesara penjawat awam dan golongan sekular yang sependirian mereka?

Atau, PAN masih menunggu isyarat daripada mentor mereka – Lim Guan Eng – menentukan sama ada isu ini merugikan atau isu populis yang akan menawarkan laba politik besar bagi pembangkang?

Anonymous said...

DAP dan PAN membenci kamu bukan kerana apa kamu buat tapi kerana kamu sayangkan Islam

Anonymous said...

Setakat Cheongster ni kira wokey tu dekat kumpulan2 pembenci Ugama Islam. Sila baca dibawah

https://aidcnews.wordpress.com/2016/01/27/forum-tajaan-badan-pemikir-dap-tolak-negara-islam-penguatkuasaan-syariah-larangan-murtad/

Forum Tajaan Badan Pemikir DAP Tolak Negara Islam, Penguatkuasaan Syariah & Larangan Murtad

AIDCNews- 27/1/16 –Forum tajaan badan pemikir DAP, Penang Institute menolak konsep Negara Islam, penguatkuasaan undang-undang syariah dan larangan Muslim untuk menukar agama (murtad).

Perkara itu ditegaskan oleh pengucap utama forum berkenaan, Mustafa Akyol, semasa menyampaikan ucap utama forum bertajuk “Bolehkah Islam menjadi Liberal?”, di Hotel Concorde, 23 Januari.

Mustafa Akyol yang merupakan seorang penulis dan wartawan Turki berfahaman klasik Liberal berkata sepanjang pembacaannya, beliau tidak pernah menemui istilah seperti negara Islam atau polis agama (penguatkuasaan undang-undang syariah) dalam al-Quran.

“Terdapat perkataan khalifah dalam al-Quran tetapi ia bukan sebuah institusi politik.

“Ia merujuk kepada kita semua sebagai khalifah, kerana kita merupakan wakil yang membawa suruhan Allah.
“Saya juga tidak pernah mendengar tentang polis agama dalam al-Quran,” katanya pada forum anjuran bersama Penang Institute, G25 Malaysia dan IRF (Islamic Renaissance Front), lapor The Malaysian Insider.

Akyol berkata satu lagi masalah bagi umat Islam hari ini adalah berfahaman “literalis” terhadap undang-undang syariahseperti hukuman pesalah murtad, di mana seseorang boleh dihukum bunuh kerana melakukan kesalahan itu.

Beliau berkata, bagaimanapun, pandangan lebih mendalam ke dalam isu ini akan menunjukkan semua ulama yang hidup pada ke-8 dan ke-9 – tempoh peperangan antara orang Islam dan kuasa lain – dipercayai murtad bermaksud “sekumpulan umat Islam meninggalkan angkatan tentera Islam dan menyertai musuh”.

“Ini adalah pengkhianatan besar, seperti yang kita gelarkan hari ini, tiada regim akan bertolak ansur jika tenteranya menyertai musuh.

“Jadi, apabila kita cuba untuk memahami niat larangan murtad, untuk memahami situasi pasa masa kini, menukar agama adalah suatu perkara melibatkan hati nurani, ia tidak bermakna pengkhianatan yang tinggi kepada tentera.

“Kita harus lebih berhemah dalam menangani isu itu, sudah tentu kita tidak mahu melihat umat Islam meninggalkan agama, kita boleh bercakap dengan mereka, kita boleh cuba untuk memujuk mereka.

“Tetapi kita tidak harus membunuh mereka, ini kerana penganut Kristian tidak membunuh penganutnya yang memeluk Islam,” katanya.


Ucap utama Akyol akan dibahas oleh tiga ahli panel; Dr Maszlee Malik, Wan Saiful Wan Jan dan Dato’ Dr Mujahid Yusoff Rawa.

Dr Maszlee adalah Ahli Majlis Syura IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia), nama baharu kepada JIM (Jemaah Islam Malaysia) yang susur galurnya daripada pertubuhan pelajar Malaysia (underground) di United Kingdom yang dinamakan IRC (Islamic Representative Council).

Sealiran dengan Dr Maszlee adalah Dr Mujahid Yusof yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) pusat dan Pengerusi PAN Pulau Pinang.

Wan Saiful Wan Jan pula adalah bekas Mursyid Hizbi (Hizbul Islami), satu pertubuhan pelajar underground yang dikaitkan dengan PAS di United Kingdom.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), Editor AkademiMerdeka.org, projek anjuran Atlas Global Initiative, Naib Presiden Rangkaian Istanbul untuk Liberty dan satu-satu ahli dari Malaysia dalam ‘Mont Pelerin Society’, sebuah pertubuhan Liberal peringkat dunia.

Wan Saiful dan Dr Aziz Bari bersama-sama menggerakkan IDEAS untuk menjayakan agenda liberalisme di Malaysia.

Anonymous said...

Marilah kita sama2 menolak Abu Lahab Modern al Sifoo Penangi dan Pentaksub Abdullah bin Ubay Modern (Sapa2 yg kasih kpd Abu Lahab Modern) . Kalau mereka menang nescaya bukan sahaja Pokaemon Go, malah Cheongster Go akan bermaharaja lela

Anonymous said...

Tidak lupa seorg menteri melayu umno pernah berkata Kelantan selain busuk dan kotor, aktiviti maksiat dan tahap kemiskinannya paling tinggi. Sbb tu Pas beria-ia nak buat hudud.

Ternyata lebai2 Pas dan keldai2 tunggangan mrk gagal dlm dakwah di negeri pimpinan mrk sendiri.

Parti Auta Semalaysia.

Anonymous said...

Patut tanya kenapa umno membisu...umno bn kan berkuasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails