Monday, August 15, 2016

Haji Abdul Wahab Yunus Meninggal Dunia Sebelum Maghrib Sebentar Tadi (14/8/16)



MENURUT berita beliau meninggal dunia sebelum maghrib, kira-kira jam 6.30 petang di rumahnya di Kg Molek, Dungun, Terengganu setelah mengalami sakit (strok) yang agak lama juga. Penglibatan terakhir beliau ialah Pengerusi Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin, Dungun Terengganu selain membantu dalam Lajnah Kebajikan Dun Sura.


Haji Abdul Wahab Yunus merupakan bekas Adun Ulu Dungun (1964-1969) setelah menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964.Seterusnya menjadi Ahli Parlimen Dungun(1969-1978) setelah menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969. Ketika PAS dijemput masuk menyertai Barisan Nasional pada era Tun Abdul Razak, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (14 April 1977-17 November 1977).



Kemudian beliau menjadi Pengurus Lapang Kupar Development Co. Sdn Bhd di Bandar AMBS, Dungun (1979-1982) dan Pengerusi Getex (M) Sdn Bhd, Dungun (1982-sekarang).


Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan YDP PAS Kawasan Dungun Hj Wan Hassan Ramli (MP Dungun) melawat Haji Wahab beberapa ketikasebelum ini.

Beliau yang menyertai PAS pada 9 Ogos 1956. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Dungun (1957-1960), Ketua DPP Dungun (1960-1961), Setiausaha PAS Kawasan Dungun (1960-1975), Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun (1979-1983), Ketua DPP Negeri Terengganu (1965-1969), Bendahari, Setiausaha dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu (1968-1975), Pesuruhjaya PAS Terengganu (1975-1982), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1973-1975), Bendahari Agung PAS (1977-1979) dan AJK PAS Pusat (1979-1983).



Abdul Wahab Yunus pernah dipilih sebagai penerima Tokoh Pemimpin Terbilang Daerah Dungun 2012 yang disampaikan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selepas pelancaran program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Universiti Teknologi Mara di Arena Square, Dungun. 2012. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Semoga Allah mengampuni semua dosa Haji Abdul Wahab Yunus , melindungi dan merahmati rohnya, dan menempatkannya di kalangan ahli Syurga. Amin.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah 9:111)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails