Wednesday, August 17, 2016

Corak Tikar Plastik Ini Merbahaya, Akibatkan Kanser & Rencatkan Pertumbuhan Kanak-kanak.

Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya

PENGGUNA

MUNGKIN ramai yang tidak sedar berkenaan dengan bahaya tikar plastik bercorak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro.

Terutamanya golongan ibu bapa, mulai saat ini adalah sebaiknya berwaspada kerana terdapat laporan mengatakan kandungan bahan kimia yang digunakan pada tikar itu boleh mengakibatkan kanser payu dara dan merencatkan pertumbuhan kanak-kanak.
Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya
Menurut kajian, dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A(BPA) dilaporkan paling banyak digunakan dalam penghasilan tikar berkenaan.
Bahan-bahan ini sudah diharamkan penggunaannya di beberapa buah negara kerana memberi kesan sampingan dan di Eropah sahaja, beberapa buah negara di benua itu telah melarang produk yang menggunakan bahan tersebut sejak awal tahun 2011.
Selain itu, terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti serta penyakit diabetes kepada kanak-kanak.
Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya
Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang terdapat dalam banyak penghasilan produk isi rumah.
Antara produk dihasilkan ialah pembungkusan bekas makanan dan minuman, losen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air. Bahan itu juga diharamkan di banyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah.
Pakar Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Mustafa Ali Mohd. berkata, pengguna sebenarnya tidak menyedari risiko bahaya kimia itu kerana kandungan sebenar pada tikar berkenaan tidak pernah didedahkan.
“Boleh dikatakan 100% barangan plastik mengandungi Phthalates. Bahan ini berfungsi untuk melembutkan plastik yang keras.
“Sesetengah plastik pula mengandungi Bisphenol A yang sebelum ini banyak digunakan dalam pembuatan botol susu tetapi sudah diharamkan penggunaannya.
“Dua bahan ini diketahui terdapat banyak dalam penghasilan barangan plastik,”katanya.  (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Ass. Ini secara kebetulan ataupun tidak, dua bulan yang lepas istri saya disahkan mengidapi kanser pangkal rahim. Dia setiap hari baring ataupun tidur atas tikar plastik yang dibeli dengan harga RM35.00 sehelai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails