Saturday, April 30, 2016

Sarawak: Perubahan Di Tanganmu, PKR, DAP, PAS. Mana PAN, Ditipu DAP??



PRN Sarawak: DAP Buang Parti PAN, Masih Anggap PAS Bersama Pakatan Rakyat!!

KUCHING - Siapa kata Pakatan Rakyat sudah berkubur? Buktinya boleh dilihat semasa kempen DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 yang berlangsung di Sarawak ketika ini menyebabkan ramai mesti terlopong kehairanan.
Tinjauan Mynewshub menerusi salah satu ceramah parti pembangkang berasal dari Semenanjung Malaysia itu di kerusi Padungan di sini Khamis malam mendapati, DAP masih menganggap Pakatan Rakyat wujud seperti biasa.

Bagi yang sering mengikuti ceramah DAP, lazimnya slot ucapan calon atau pemimpin mereka akan diselang seli dengan pelbagai tayangan klip video propaganda parti itu bagi menyemai perasaan kebencian rakyat kepada BN.

Antaranya ialah klip memaparkan kezaliman BN melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan projek Impian Sarawakkonon bagi bantu penduduk pedalaman.

Juga paling baharu ialah klip Pakatan Rakyat yang termasuk menampilkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain logo PAS dan sumbangan parti Islam tersebut, langsung tanpa kelibat Parti Amanah Negara (PAN).

Pakatan_Rakyat merupakan organisasi haram kerana tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Adakah ini kesilapan teknikal atau sabotaj oleh jentera perang saraf DAP sendiri atau kejahilan parti tersebut di Sarawak yang tidak sedar bahawa PAS sudah lama dihalau keluar oleh DAP serta membubarkan Pakatan Rakyat.

Lebih malang, PAS bukan pun sekutu Pakatan Harapan tetapi klip video tersebut langsung tidak memaparkan PAN atau Pakatan Harapan yang dibentuk tahun lalu tanpa lambang sendiri seperti komponen Barisan Nasional.

Mungkinkah DAP Sarawak takut mempromosikan Pakatan Harapan kerana ia bukan organisasi sah didaftarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), sekali gus Pakatan Harapan masih boleh dianggap pertubuhan haram.

Untuk rekod, jika Pakatan Harapan sudah berdaftar dengan ROS, mestilah ada pengerusi, timbalan, setiausaha, bendahari, logo, lagu rasmi dan alamat sekretariat seperti Barisan Nasional yang mengandungi 13 komponen parti.

Tidak hairanlah untuk PRN pada kali ini, pembangkang masih memakai lambang dan bendera masing-masing kerana mereka tahu Pakatan Harapan memang pun sebuah badan haram yang bukan bergerak semacam BN.

Lihat sahajalah mereka turut bersaing sesama sendiri apabila buat julung menyaksikan banyak kerusi berlaku pertindihan calon pembangkang untuk berlawan dengan BN dan bukan perlawanan sengit satu lawan satu.

Malang sungguh rakyat Sarawak jika memilih pembangkang kerana sudahlah DAP tidak mengiktiraf PAN dan Pakatan Harapan, tetapi masih juga mengakui PAS dan Pakatan Rakyat untuk PRN kali ini. – Mynewshub.cc/HAA

1 comment:

Unknown said...

PAN mana boleh komen woh.. mana logiknya khodam nak komen tuan besar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails