Tuesday, April 26, 2016

Bilik Fail IPD Kuala Terengganu Pula Terbakar. Ada Apa-apa Ke?

KUALA TERENGGANU - Sebuah bilik yang menempatkan fail dan dokumen lama di Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar malam tadi.
Kejadian pukul 10.15 malam itu memusnahkan hampir 80 peratus bilik tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian disedari beberapa pegawai dan anggota yang sedang bertugas selepas mereka terhidu bau asap yang turut diikuti lampu di blok berkenaan terpadam.
"Bilik berkenaan sentiasa digunakan oleh anggota cawangan tersebut. Kebakaran dapat dikawal dengan pantas daripada merebak ke stor simpanan senjata yang terletak berhampiran bilik berkenaan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, berikutan bekalan elektrik terputus, pihaknya turut memindahkan 58 Orang Kena Tuduh (OKT) termasuk tiga tahanan wanita ke Balai Polis Gong Badak. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails