Tuesday, April 26, 2016

Kerjasama UMNO-PAS Diterima Golongan Bukan Islam -Dr Mahmood Zuhdi

golongan

KUALA LUMPUR: Profesor Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan bahawa penggabungan dua parti utama negara, UMNO dan PAS akan diterima dengan baik, bukan sahaja dari golongan bukan Islam negara ini, malah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC.

Jelas Dr Mahmood, golongan bukan Islam tidak akan membantah sekiranya kerjasama itu terjalin selagi mana periuk nasi mereka tidak diganggu dan mereka boleh meneruskan aktiviti perniagaan.

“Orang bukan Islam di Malaysia ini sangat cerdik, mereka akan menerima.
“Kalau terjadi gabungan UMNO-PAS, parti komponen BN seperti MCA dan MIC pun tidak akan membantah.
“Mereka akan menerima sebab periuk nasi mereka itu tidak akan diganggu, sebab mereka akan terus boleh berniaga,” kata Dr Mahmood Zuhdi.

Tambahnya lagi, terdapat pihak yang tidak senang dengan cadangan kerjasama UMNO-PAS kerana bimbang ia membuka jalan kepada Melayu yang lebih dominan. Justeru, beliau berpandangan orang Melayu memerlukan kestabilan politik menerusi penggabungan dua parti ini.

“Kestabilan politik Melayu diperlukan untuk mencari masa bagi memberikan peluang kepada orang Melayu supaya keadaan sosio-ekonomi lebih seimbang.
“Apa gunanya UMNO dan PAS duduk berkelahi, berebut kuasa di Parlimen hendak jadi perdana menteri dan menteri, sedangkan umat Melayu tidak dapat dibangunkan,” kata beliau.

Mengulas suara sinikal sesetengah pihak yang mempertikai mengapa baru sekarang ditimbulkan isu kerjasama UMNO-PAS, Dr Mahmood Zuhdi berkata UMNO tidak boleh nafi parti itu kini berdepan banyak liabiliti gara-gara krisis.

Ini termasuk krisis Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyebabkan UMNO berselerak, dan terkini krisis Dr Mahathir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Krisis sama juga dihadapi oleh PAS selepas putus kerjasama dengan DAP. Kedua-dua parti ini, kata Dr Mahmood Zuhdi, memerlukan kawan daripada luar zon selesanya.

“Sekarang ini dalam UMNO ada situasi gawat dan memerlukan kawan daripada luar UMNO.
“Begitu juga PAS, sesudah ia sedar telah ditipu DAP, ia mendapat kawan yang salah, maka ia kena tebus kembali kesalahan itu,” ujar Dr Mahmood Zuhdi.

Beliau juga yakin apabila UMNO dan PAS bergabung, pembangkang tidak lagi akan mempunyai harapan. 

Dr Mahmood Zuhdi memberikan contoh, dengan UMNO dan PAS yang mewakili dua kekuatan besar, parti pembangkang boleh menjadi seperti parti-parti ideal seperti Parti Sosialis Rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak akan menang pilihan raya.
Yang menjadi masalah ketika ini jelas beliau hanyalah soal kepimpinan parti. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas beliau dilihat lebih berani berbanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih takut kepada pengikut dan pemberontak. (Semberono)

4 comments:

Anonymous said...

Kerjasamalah ceoat2 kami ahli nak cabut lari cepat tinggalkan pas

Anonymous said...

kerjasama demi islam seperti yang telah diputuskan oleh msu.

An Anonymous said...

Tak payah tunggu ada kerjasama baru nak cabut dari PAS.. kalau dah tak yakin dgn parti yg perjuangkan hudud, nak cabut sekarang pun aku tak heran.. pergilah korang pd parti yg masih tak de perlembagaan tuh.. entahkan islam entahkan tidak.. hanya mengaku je parti islam tapi khodam DAP rupa sebenar mereka..

An Anonymous said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails