Monday, April 25, 2016

Pesawat Solar Catat Rekod Dunia

 PICCARD (kanan) dan Borschberg mendarat di Mountain View, California kelmarin.- Agensi
LOS ANGELES – Pesawat solar satu tempat duduk dalam misi penerbangan mengelilingi dunia, Solar Impulse 2(SI2) mendarat di California lewat kelmarin selepas tiga hari merentasi Lautan Pasifik dari Hawaii tanpa menggunakan bahan api walaupun setitik.
Juruterbang Switzerland, Bertrand Piccard SI2 untuk mendarat di sebuah landasan di Mountain View, sebuah bandar di selatan San Francisco yang menempatkan gergasi teknologi seperti Google sejurus sebelum tengah malam semalam.
Pesawat itu terbang mengelilingi Teluk San Francisco sebelum mendarat, melintasi mercu tanda bandar raya itu, Jambatan Golden Gate.
Projek itu bertujuan mempromosi penerbangan tanpa bahan api dan teknologi hijau itu diasaskan bersama oleh Piccard dan seorang lagi juruterbang SI2, Andre Borshberg. Mereka bergilir-gilir menerbangkan pesawat tersebut.
Penerbangan dari Hawaii menuju California sejauh 4,500 kilometer (km) itu bagi meneruskan laluan yang bermula di Abu Dhabi pada Mac 2015. SI2 terbang melintasi India, Myanmar, China dan Jepun dalam perjalanannya untuk mengelilingi dunia.
Dari Mountain View, pesawat itu akan terbang melintasi Amerika Syarikat seterusnya menyeberangi Lautan Atlantik menuju ke Eropah sebelum pulang ke Abu Dhabi.
SI2 mencatat rekod dunia penerbangan pesawat solar paling jauh selepas terbang dari Nagoya, Jepun ke Hawaii sejauh 8,300km tanpa henti pada Julai 2015.
Kapal terbang empat kipas itu dilengkapi lebih 17,000 sel solar pada dua sayapnya dan sejumlah bateri untuk menyimpan kuasa bagi penerbangan waktu malam. SI2 dijangka membuat 13 hentian semasa penerbangannya mengelilingi dunia dengan mengambil masa 25 hari di ruang udara sepanjang tempoh lima bulan. – dpa

3 comments:

Anonymous said...

Presiden PAN pula juara politik lempar mikrofon dunia

Anonymous said...

allo pak lebai, lu ni sakit jiwa ke? atau lu telah membenarkan kata kata ostad dari geng lu, bahawa ramai geng geng parti lu punya akhlak yg rendah..

Unknown said...

Akhlak yg rendah ialah bila parti itu mebiarkan DZN dicerca oleh kawan parti itu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails