Sunday, April 24, 2016

Anak KPN Miliki Syarikat Senjata Api. -SPRM Perlu Siasat.


BANGI, Sabtu – Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kepentingan sebuah syarikat senjata api yang dikatakan milik keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Memberitahu sebuah portal berita liberal, Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan, berkata siasatan perlu dilakukan sama ada syarikat itu mempunyai sebarang kontrak dengan kerajaan atau berlaku konflik kepentingan dalam urusannya.
Sambil berpendapat orang awam tidak harus dilarang daripada menjalankan perniagaan hanya semata-mata kerana dia adalah anak Khalid, beliau berkata, siasatan itu perlu kerana kemungkinan ada konflik kepentingan antara urusan syarikat itu dan Ketua Polis Negara.
Beliau dilaporkan berkata demikian ketika mengulas pendedahan portal kontroversi Sarawak Report yang mendakwa anak perempuan Khalid, Juwita dan iparnya Mohd Isa Hussin adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Rahim berkata, sesiapa sahaja di negara ini mempunyai peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan selagi ia mengikut undang-undang negara.
“Apa yang lebih penting ialah sebarang kerja atau perniagaan mesti mengikut undang-undang.
“Anak sesiapa sahaja mempunyai hak dan peluang yang adil, dan mereka juga perlu mematuhi undang-undang,” katanya.
Noor Rashid berkata, polis akan meneliti kandungan laporan Sarawak report itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan tindakan. (ismaweb.net)

2 comments:

Anonymous said...

Jawab Kbab jawab. Takkan suruh timbalan jawab. Tak macho ler bro. Kahkahkah

aa said...

Jangankan kedai senjatapi berlesen...aku yg nak pindahmilik lesen selaras shotgun pun dah 5 thn x jawab2 lagi...barangkali kerna aku rakyat biasa...adilkah?!!..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails