Thursday, April 28, 2016

Nasib Menimpa Nicol, Delia. Lihat Pakaian Atlet Wanita Negara Umat Islam M'sia?



NICOL (kiri) menewaskan Waters 3-0 untuk mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

SUKAN

RATU skuasy negara, Datuk Nicol David kembali membuktikan penguasaannya da­lam sukan skuasy apabila meraih kemenangan mudah 3-0 untuk mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia PSA di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Nicol mempamerkan ak­si agresif menentang pemain England, Alison Waters secara konsisten sehingga mampu meraih 11-9, 11-3, 11-5 dalam masa 37 minit sahaja.
Menurut bekas pemain No. 1 dunia itu, prestasi hambar pada aksi pu­singan pertama kelmarin membuatkannya enggan membuka ruang kepada lawan untuk berasa selesa.
“Pukulan saya lebih konsisten hari ini (semalam). Saya terus menerus memberikan tekanan kepada Waters daripada permulaan permainan.
“Walaupun dia mula kelihatan selesa apabila mendahului saya lima mata pada set ketiga, saya segera bangkit merampas semula penguasaan permainan,” ujar Nicol yang turut menerima anugerah Datuk Alex Lee buat kali ke-12 sebagai pemain terbaik Asia semalam.
Laluan sukar menanti Nicol pada suku akhir apabila dijadualkan bertemu pemain Mesir, Nour El Sherbini yang turut mara setelah menewaskan pemain Hong Kong, Annie Au 11-5, 11-6, 6-11, 11-3.
Sebagai rekod, El Sher­bini menewaskan Nicol empat kali berturut-turut pada pertemuan sebelum ini.
Dalam pada itu, langkah seorang lagi pemain negara, Delia Arnold terhenti pada pusingan kedua setelah kemaraannya dinafikan oleh pemain No. 6 dunia, Omneya Abdel Kawy 11-9, 8-11, 9-11, 11-8.
Komen Weblog Ibnu HasyimLihat pakaian atlet wanita Negara Umat Islam M'sia? Lihat dari sudut agama Islam, agama negara ini. Apa kata orang-orang agama dalam UMNO dan JPM?

8 comments:

Anonymous said...

dia bukan Islam bang...!!! ....ramai lagi yang Islam berpakaian lebih teruk dari dia ... dakwahkan dan ubah yang Islam itu dahulu....!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Soff said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Memang dia bukan Islam, tapi kerajaan M'sia, kerajaan orang Islam, takkan tak mau ikut perlembagaan negara.. Islam agama Persekutuan.

Anonymous said...

ubah pemimpin dulu, kalau pemimpin tu baik harap yang lain akan diperbaiki.Harap rakyat Malaysia ni pilih la pemimpin yang bersih, kalau yang kita pilih tu kita tahu buat malasah, yang mengundi dia tu pun sama-sama bersalah.

Anonymous said...

Jangan fikiran jumud boleh dak,kalau nak harapkan PAS presiden pun dok peluk najib ,nampak baik dan ok je dengan UMNO apa ni pengikut dah bute ke...hihihih UMNO kafir orang UMNO kafir itu dulu masa AMANAT eddy 1984 sekarang dah ok macam sesat je.

Anonymous said...

Anon di atas yang jumud. Tak tahu nak fikir bangunkan Islam di negara sendiri. Saya harap yang berpandangan begini bukan orang kafir yang memusuhi Islam.

Unknown said...

Baru keluar gua ke mamat nie, kerajaan malaysia kunun2nyo org Islam nie menteri agamo pon rembat duit yayasan. Ulamak pas pon boleh cemolot dgn menteri menteri rembat duit. Hangman dok sibuk dgn pakaian non-muslim. Retard

Anonymous said...

anonymous 10:27 dan 10:16 macai pan lemah tenaga batin yang malas nak baca dan mencari faktar sebenar. orang cerita pasal pakaian dedah aurat ulaslah dengan baik tujukkanlah anda berilmu dan biltahu kalau bengap jangan nak komen. fitnah tghh cium mulut dng pm itu fitnah yg nyata walaupun anda taksuka tghh tapi jangan fitnah. saya harap tuan cerdiklah sikit dalam komem jangan tunjuk sangat bengung tu walaupun orang dah tahu yg macai pan memg bengung sebab khadam umno. pantang ada isu msti fitnah tghh dengan pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails