Tuesday, April 26, 2016

K'jaan Negeri P.Pinang Gagal. -Ong Kok Fooi (ADUN)

PULAU PINANG: Adun DAP Pulau Pinang, Ong Kok Fooi mendakwa kerajaan negeri itu gagal meluluskan usul berkaitan rakyat yang dicadangkan untuk dibawa ke peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
 Adun daripada DAP dan PKR yang lain turut mendakwa, usul tersebut tidak diluluskan meskipun dibawa ADUN kerajaan negeri sendiri.
Ong berkata, sikap sedemikian menyebabkan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini dilihat lemah meskipun selepas hampir dua penggal diberi kepercayaan oleh rakyat.
Malah, tambah beliau, disebabkan usul berkaitan rakyat itu ditolak, banyak masalah di negeri ini gagal diselesaikan selain wujudnya isu-isu yang berulang.
“Pentadbiran kerajaan negeri juga seolah-olah dikawal individu tertentu dan realiti ini memang disedari rakyat negeri ini,” katanya memetik laporan Utusan Online hari ini.
Beliau berkata demikian dalam Forum Celik Politik 3.0 bertajuk ADUN Buat Apa?
Peranan Penyokong dan Pembangkang Dalam DUN yang diadakan di bangunan DUN, di sini malam tadi.
Turut bertindak sebagai ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin (PKR) dan ADUN Telok Air Tawar yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid.
Sementara itu, Norlela mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang melaksana penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga.
“Kerajaan negeri per­lu mengamalkan budaya politik matang termasuk dalam sidang DUN de-ngan memberi ruang kepada isu-isu berkaitan rakyat dibincangkan meskipun dilihat tidak berpihak kepada kerajaan negeri,” katanya.
Dalam sidang DUN tahun lalu, Norlela menarik perhatian ramai apabila menangis teresak-esak selepas mendakwa kecewa kerana masalah penduduk di kawasan diwakilinya tidak dipedulikan kerajaan negeri. (Semberono)

1 comment:

Anonymous said...

Hanya PANdir je yg tunduk patuh pd TGGEng kesayang nyer walau pon dh khingchingg PKR kat SARAWAK.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails