Tuesday, April 26, 2016

DAP Luaskan Pengaruh Tawan Kawasan Campuran PKR. -Dr Mohd Noor Mat Yazid


BANGI, Selasa – Perebutan kerusi antara PKR dan parti rasis dan cauvinis DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka akan berulang kembali pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, krisis yang berlaku antara kedua-dua parti ini menunjukkan DAP mula meluaskan pengaruhnya untuk menawan kawasan campuran yang sepatutnya dipegang oleh PKR.
“Kawasan yang bertembung itu, bukan di kawasan Cina, ia di kawasan campuran sifatnya. Daripada prinsip asasnya DAP akan memegang kawasan majoriti Cina, manakala kawasan campuran diberi kepada PKR.
“Tetapi, yang berlaku kali ini, DAP sudah mula masuk ke kawasan yang bukan majoriti Cina. Dalam konteks ini, kita lihat DAP cuba meluaskan pengaruhnya di kawasan pengundi campuran bukan lagi tertumpu kepada kawasan majoriti Cina,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertelagahan dan perebutan kerusi antara dua parti itu dalam PRN Sarawak.
Konflik itu bermula sebelum penamaan calon sehinggalah ke hari ini yang dilihat tiada sebarang kata sepakat dibuat oleh kedua-dua belah pihak.
Bercakap lanjut perkara itu, Dr Yazid berkata pertelingkahan ini mungkin bakal berulang semula terhadap Pakatan Harapan pada PRU akan datang sebagaimana PRN Sarawak kali ini.
Ini berikutan katanya, DAP dilihat sudah mula mengubah tradisi yang bertanding di kawasan Cina sebaliknya melangkah ke fasa baru sebagai parti campuran seperti PKR.
“Mungkin pada PRU akan datang juga akan berlaku perkara yang sama di Selangor, Perak dan sebagainya apabila DAP bertanding di kawasan campuran,” katanya.
Beliau berkata, prinsip itu berubah ekoran DAP tidak lagi dilihat berpaksikan kepada kaum Cina sahaja, malah telah membuka ruang kepada ahli-ahli Melayu.
“Mungkin kawasan yang besar Melayunya, dia akan letak calon Melayu, jika besar pengundi Cina dia akan letak calon Cina,” katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dalam satu laporan berita berkata, konflik itu dapat diselesaikan jika PKR bersetuju menarik balik calon di lima kerusi yang bercanggah dengan parti itu walaupun nama-nama calon berada dalam kertas undi.
“Jika mereka berbuat demikian, kami juga akan melakukan perkara yang sama. Jika kelima-lima calon mereka yang bertanding dengan kita dapat menarik diri, maka kami akan menarik balik calon DAP di Bukit Kitang,” kata Loke. (ismaweb.net/)

1 comment:

Anonymous said...

Pakatan Tiada Harapan tidak mempunyai harapan untuk memenangi PRU14 kerana rakyat sudah bosan melihat pemimpin-pemimpin Pakatan Tiada Harapan lebih suka berpolitik untuk menjaga kepentingan parti sendiri dan mereka gagal membela hak rakyat yang sedang terhimpit kerana GST dll. Pertikaian antara parti sekular dan parti perkauman jelas menunjukkan Pakatan Tiada Harapan sedang menuju ke arah kehancuran.

Dan umat Islam tidak akan menyokong Roket dan parti-parti talibarut roket kerana pelbagai isu yang amat merugikan rakyat seperti isu 26 kampung Melayu dirobohkan dan orang Melayu terpaksa berpindah seperti orang Palestin, rumah mewah terlampau murah untuk sifu sahaja, isu tanah rakyat miskin, sikap barua-barua roket yang suka campurtangan, mempertikai dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah, badut roket memberikan gelaran syaitan kepada ulama Islam terkenal dan cuba menghalang program dakwah untuk umat Islam dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails