Saturday, January 16, 2016

S'gor: Selepas PRU14, PAS Mungkin Bergabung..

SHAH ALAM : Jika PAS memenangi semua kerusi  yang ditandinginya di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14), parti itu mungkin akan bergabung dengan pihak lain bagi membolehkan mereka kekal memerintah kerajaan negeri itu.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata, PAS sedar partinya tidak mampu memerintah Selangor secara bersendirian dan terpaksa membuka pintu gabungan untuk tujuan itu.
Bagaimanapun, Zuhdi berpandangan PAS ketika itu hampir mustahil untuk mengadakan gabungan dengan Pakatan Harapan, yang dibarisi PKR, DAP dan juga Parti Amanah Negara (PAN).
“Jika PAS menang pun PAS mungkin tak akan dapat bina kerajaan yang stabil kecuali seperti Kelantan yang kita menang dengan jumlah besar. Kalau ada gabungan ataupun blok yang berjaya membentuk kerajaan dia masih memerlukan sokongan kepada blok lain.
“Selepas pilihan raya kita akan tengok keadaan tapi PAS akan tetap dengan dasar kitalah. Kalau kita diminta untuk membentuk gabungan dengan mana-mana pihak, siapa yang boleh bertoleransi dengan dasar PAS. Dengan Pakatan Harapan hampir tak pasti.
“Jadi kita sedang menuju ke arah kematangan politik yang kita sebut sebagai ‘post electoral colition’ (iaitu) gabungan selepas pilihan raya,” katanya dalam satu wawancara bersama Antarapos.
Pada program PAS minggu lalu, Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad mengumumkan parti itu akan bertanding sebanyak 25 kerusi DUN Selangor.
Ini menunjukkan pertambahan sebanyak lima kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya sebelum ini, tetapi parti itu hanya memenangi 15 kerusi saja.
Bagaimanapun, dua daripada wakil rakyatnya, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) sudahpun keluar parti bagi menyertai PAN.
Zuhdi juga tidak menolak perkara yang sama berlaku kepada Umno-Barisan Nasional (BN) jika berjaya memenangi sejumlah besar kerusi yang dipertandingkan.
“Mungkin jatuh kepada BN atau Pakatan Harapan atau PAS. PAS juga kita ada blok sendiri yang sedang mengaturkan pertemuan dengan parti-parti politik kecil, NGO.
“Seperti yang diumum presiden kita akan masuk pilihan raya dengan blok kita sendiri. Jadi kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi-kerusi tertentu tak boleh dielak.
“Kalaulah ditakdirkan BN menang, BN tak boleh bentuk kerajaan stabil di Selangor tanpa ada blok lain,” jelasnya.
Buat masa ini Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR) yang dibarisi PKR, DAP dan PAS.
Bagaimanapun hubungan politik antara PAS dan DAP hanya berlangsung atas kepentingan politik Selangor sahaja.
Umum mengethui, DAP sebelum ini bertindak memutuskan hubungan dengan PAS selepas bertelagah perihal pelaksanaan hudud di Kelantan.
PAS kini hanya menjalinkan kerjasama politik bersama PKR. (semberono.com)

7 comments:

Anonymous said...

Yg penting, jgn sampai berlaku tiga penjuru.

Anonymous said...

kalau kalah semua apa cerita pulak ? bungkus balik kelate

Anonymous said...

Kalu kelate pulak bungkus lagu mana pulak? Pkr dah bantu pan dikelate. So bila pas nk putus hubungan dgn pkr? Pas bole menang sendiri kan. Pas kuat

Anonymous said...

dap PEDULI APA DIA MENANG DI KAWASAN MAJORITI CINA. CUMA PAS JE MENANG DGN BANTUAN CINA DAN PKR

Anonymous said...

Statement bangang

Anonymous said...

Pas kalah di semua kerusi pas di selangor .. Contoh kota damansara.... Jk terjadi lawan 3. Penjuru.... 100 % pas kalah.... Semua tpt yg pas nk bertanding akan ada pan Atau dap... Jd Tiga penjuru dgn umno...

Anonymous said...

Pas nak menang ke tunjukan apa dia keadilan.dan insan. Pemimpin.yang masuk.surga tanpa.di. hisab adalah pemimpin.yg adil
Bukan perkara lain tapi adil, Tunjukkan keadilan.tanpa batas ni kawan dgn. UMNO yang terkenal dgn.perangai.tak.adilnya,
Apa punya bodoh nya walaunta walaunta membatu buta pilih pemimpin
Pak Hisham pun walaunta ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails