Sunday, January 10, 2016

Minta Izin DAP/PKR, PRU 14 PAN Tanding Di Semua Kawasan PAS.

phPresiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengesahkan partinya akan bertanding di kawasan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dibuat ketika sidang media bersempena dengan Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
“Amanah akan gantikan tempat PAS dan UMNO (pada PRU 14)”kata Mat Sabu
Kenyataan Mat Sabu itu telah dirakamkan oleh Minaq Jinggo dan dimuat naik di instagram.
aa-pan
Sekaligus ia mengesahkan spekulasi yang cuba diwar-warkan oleh Facebook Ustaz Ahmad Awang Supporters dua hari lepas yang mendakwa PAN akan bertanding di semua kerusi yang akan ditandingi PAS.
“PAN nak mintak izin dengan DAP dan PKR untuk bertanding di kerusi yang PAS menang PRU lalu. hahahaha.
“Aku dah agak perkara ni akan berlaku. Strategi PH adalah untuk melemahkan PAS.
“Inilah yang patut kita panggil PAN barua DAP,” ulas facebooker pro PAS, Komander Abu Suffian terhadap kenyataan itu.
Sementara itu, Mat Sabu ketika berucap di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan hari inimengarahkan jentera PAN bekerja 16 jam sehari untuk menerangkan perjuangan Pakatan Harapan kepada rakyat.
“Kami akan bekerja kuat, dalam pilihan raya akan datang lihatlah kekuatan kami. Apabila Amanah kuat, PKR dan DAP akan kuat, Putrajaya kita punya.
“Kami berjanji akan memberi sumbangan semaksima mungkin. Saya dah arahkan semua pimpinan tertinggi dan peringkat negeri bekerja sekurang-kurangnya 16 jam sehari untuk memastikan kejayaan. Termasuklah di kedai kopi, surau, madrasah, pejabat… hari-hari cakap hal Pakatan Harapan,” katanya.
Sebelum ini, sudah tersebar di internet satu gambar rajah yang menggambar kedudukan PAN sebagai ‘hamba’ dalam Pakatan Harapan.
hireaki-ph
Kedudukan paling atas dalam gambar rajah itu adalah Dinasti Lim iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
abdul manan
omak
omak3

4 comments:

kumbang said...

Wan azizah ni satu satu buat silap dulu kalut2 tubuh pakatan harapan dengan menolak PAS skrang buat perjanjian bodoh meminggirkan pkr.itu lah kepala tak ada otak asyik dengar lim kit siang elok dok rehat kat rumah le main ngan cucu

Unknown said...

Sudah2 lah kaitkn PAS.. Mereka dah besar eh eh dah tua , takkan takleh fikior lg..

Anonymous said...

Sudah sudah lah IH jadi jurucakap UMNO ... modal.UMNO kalau bangkang UMNO maka akan jadi kuli DAP.. UMNO tak suka pembangkang yg kuat.. UMNO suka pembangkang lemah.. supaya senang UMNO nak belasah perbendaharaan negara.. PAS.sekarang dah jadi barua UMNO.. secara tak langsung dianggap.redha dgn segala korupsi UMNO

Anonymous said...

An Anonymous aka wan rosli.. beritahu pada UMNO kalau nak dapat balik.sokongan melayu.. sila tinggalkan dulu amalan rasuah.. org melayu akan balik semula ke pangkuan UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails