Sunday, January 10, 2016

Benam Kepala Di Pasir, Bila Takut & Bermasalah. Cerdikkah?


Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

BURUNG unta atau ostrich sering menjadi bahan contoh orang yang takut dan lari dari masalah tanpa menyelesaikan masalah tersebut. Seakan sudah merasa nyaman, padahal masalah masih ada dan belum diselesaikan.
Contoh itu muncul kerana burung unta sering membenamkan kepalanya terutama ketika bahaya sedang mengancamnya. Konon burung itu takut, lalu bersembunyi. Ketika sudah gelap seakan dirinya sudah tidak terlihat musuh, padahal yang tersembunyi hanya kepalanya saja, sedangkan badannya masih terbongkang di luar.
Sebuah misalan yang menunjukkan kebodohan orang yang takut menghadapi masalah, dan menyelesainya hanya dengan menganggapnya tidak ada. 

Bodoh?

Tapi apakah benar burung unta sebodoh itu?
Seperti ditulis Heba Hafez, di Aljazeera, Rabu (6/1/2016) yang lalu, burung unta berasal dari daerah Afrika dan Timur Tengah. Namun burung ini telah menjadi korban perburuan selama berabad-abad sehingga saat ini jumlah yang hidup di padang pasir Timur Tengah tinggal sangat sedikit.


Berat burung ini mencapai 150 kg. Sedangkan tingginya boleh capai 2.4 m. Keistimewaan burung yang tidak bolehterbang ini adalah kecepatan larinya. Setiap jam burung ini dapat mencapai jarak 50 km. Kecepatannya juga dapat terus stabil hingga setengah jam.

Walaupun bertubuh tinggi dan berleher jenjang, burung ini mempunyai kelemahan, iaitu jarak pandangnya yang sangat pendek. Sehingga dirinya sangat terancam jika ada bahaya mendekat. Namun demikian, Allah Taala memberinya keistimewaan iaitu pendengaran yang sangat kuat.

Allah Taala juga memberinya insting, gelombang suara akan lebih cepat merambat dalam benda padat daripada udara. Oleh kerana itu, jika merasa ada bahaya mengancam, burung ini akan memasukkan kepalanya untuk mengetahui arah dan jarak bahaya yang akan datang kepadanya. Setelah mengetahuinya, burung ini pun dapat menentukan ke arah mana dia dapat menyelamatkan dirinya. 

Subhanallah, hebatnya Dia yang Maha Pencipta. Sehingga ternyata burung ini sangat cerdas, tidak seperti kebanyakan manusia yang melarikan diri dari masalah tanpa cuba menyelesaikannya. Itu yang tidak cerdik, bukan  ostrich. Allah... Allah... (IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

1 comment:

Anonymous said...

jangan tertipu dengan puak sembah Allah sanggah hukum Allah
puak ini haihata haihata
hati hati sampai mati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails