Thursday, December 17, 2015

PAS-UMNO Kongsi Pentas, Cari Titik Persamaan.

Najib dan Abdul Hadi di pentas pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, Khamis. Foto M. AZHAR ARIF / The Star


Presiden Umno itu duduk bersebelahan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini, Khamis.
Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, perbezaan ideologi politik tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada perpaduan Islam.
“Kita mahu mengelak perbezaan ideologi yang boleh membawa kepada perang proksi antara umat Islam,” katanya.
Matlamat majlis itu adalah mempromosikan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob. – mStar Online

3 comments:

Anonymous said...

MCA tak perlu masuk umno tapi cukup untuk sokong umno dan BN.
MUC tak perlu masuk umno tapi cukup untuk sokong umno dan BN
PAS tak perlu masuk umno tapi cukup untuk sokong umno dan BN

ha...ha...ha..

Putar alam punya Hj Hadi

Unknown said...

Tahniah Presiden PAS..Atas nama Islam dengan teguh menyelusuri sunnah Rasulullah, PAS begitu ampuh dan gagah berdamping dengan mana2 parti aliran sekular dan asobiyyah dgn penuh yakin. PAS dipandang tinggi dan dihormati kerana Islam yang menjadi pegangan dan ideologi. Parti Nyamuk lain jangan 'jelous'dengan suasana ini..

Anonymous said...

Salam En. Musa,

Islam tak suruh pun menghampiri orang yang zalim.

Kenakan GST tak zalim kepada rakyat bawahan?

Sunnah Rasulullah apanya??

Menipu je!!!

Lepas tu tak dengar berita ke Unit Amal dihalau oleh UMNO di Klang?

Dah kena halau masih kata PAS begitu ampuh dan gagah??

Saya tak suka menghina orang tetapi jangan jadi bodoh la!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails