Friday, December 18, 2015

'Perpaduan Penyamun', 'tidak setuju gabung' Tetapi Kerjasama.. - Datuk Mohd Amar

PAS tidak mahu melihat kerjasama yang sedang diusahakan antara parti itu dengan Umno diibaratkan seperti 'perpaduan penyamun'.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa ini kerana kerjasama perpaduan sebegitu tidak akan kekal lama dan hanya akan mengundang perbalahan semula.
Justeru timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, sebarang kerjasama antara kedua-dua parti itu perlu meletakkan Islam sebagai kepentingan utama selain menuntut keikhlasan antara PAS dan Umno.
"Kalau ingin bekerjasama kerana politik, perpaduan itu tidak akan ke mana.
"Ia mungkin menjadikan dua parti itu bersatu seketika namun selepas itu bergaduh balik. Akhirnya jadi perpaduan penyamun," kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel di Forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi sempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibunegara malam tadi.
Forum itu melibatkan dua lagi panel iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Moderate Movement, Nasharuddin Mat Isa serta Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaafar bertindak sebagai moderator.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, PAS sentiasa terbuka apabila menyentuh tentang agama dan ummah.
Jelasnya, sejarah pernah tercatat 17 tahun lalu apabila dua bekas presiden kedua-dua parti duduk di atas satu pentas bercakap dalam nada sama tentang Palestin.
"Sejarah itu berulang kembali apabila kedua-dua presiden hari ini dapat duduk di atas pentas yang sama," katanya sambil menambah supaya usaha kerjasama itu tidak di salah anggap dan tidak ada mana-mana pihak yang akan mengambil kesempatan.
Ini kerana, tambah Mohd Amar, usaha tersebut memerlukan kesungguhan semua pihak.
"PAS tidak setuju gabung jadi parti tetapi boleh kerjasama dan pada masa sama masih boleh bergaduh," katanya. (MK)

6 comments:

dol said...

yg pastinya pas tkmungkin bertanding lwn umnu dlm pru14.

mahukah umnu berkorban beberapa kerusi utk pas

kota jangka hubungan pas umnu akn panas menjelang pru nnti

pas cuba menumpang kerusi umnu

umnu nk guna pas utk sekat pkr amanah dn dap

sanggupkh pas berkorban utk hanya memberi kemenangan kpd kekasih barunya umnu?

jika sanggup.. adakah umnu akn mengenang budi pas?

paling tinggi pun hnya hj hadi diberi jawatan penasihat dijpm

Anonymous said...

Apa punya haprak dol dah jelas tiada kerjasama politik itu pun xboleh nak faham ka sah imayam punya otak

Anonymous said...

YANG PASTI DOL TAIK PAN BINASA kerjanya jadi tukang nujum setan. Dah berbuih mulut TGHA keluar statement mengenai pas dan umno. Memang dasar otak taik PANBINASA ni kerja dia macam mulur setan. Sebar fitnah pada jamaah Islam. Celaka kau seperti celaka Abu Lahab

Anonymous said...

Salam semua. Kenapa nak caKap orang celaka abu lahab pula? Janganlah fanatik. Kelak diperbodohkan orang. Dato husam dah bagi bukti. Tak ada 1 pun pemimpin pas kata fitnah.Siapa celaka abu lahab sekarang? Jangan terbalik diri sendiri

Yang jahil
Nobody

Unknown said...

Jangan jadi bodoh dam mudah percaya dgn umno parti menjahanam rakyat terbanyak.

Unknown said...

Jangan jadi bodoh dam mudah percaya dgn umno parti menjahanam rakyat terbanyak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails