Sunday, December 13, 2015

Wanita Ini Menyamar Pakai Hijab, Apa Yang Dia Dapat?


SOSOK wanita memakai baju abaya hitam lengkap dengan penutup muka menjadi pusat perhatian para pengunjung Mall Itäkeskus di bandar Helsinki, bandar terbesar di negara Finland. 

Tak seorang pun tahu bahawa sosok dibalik niqab itu bukan seorang perempuan Muslim. Sebenarnya dia seorang wartawan, non-Muslim, dari surat khabar Sanomat, salah satu surat khabar yang terbesar di kawasan Skandinavia.

Nama wartawan itu Katja Kuokkanen. Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan busana muslim lengkap dengan penutup muka di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan agama Islam. 

Bagaimana rasanya ditatap dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang di sekitarnya. Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya semasa dan selepas memakai niqab atau hijab. Inilah yang ditulisnya...

"Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan terkena bahu seorang lelaki di sebuah kedai barang-barang etnik. Lelaki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tetapi dengan sikap tak acuh seperti yang biasa berlaku.


"Lalu lelaki itu menengok ke arah saya dan menyedari bahawa saya seorang perempuan yang memakai abaya dan cadar, pakaian khas perempuan Muslim. Tiba-tiba lelaki itu dengan sedikit bengkok mengulangi lagi permohonan maafnya. Saya menyangka dia orang Arab dari dialegnya saat meminta maaf. 


"Ketika itu saya rasa suatu hal yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain. Dari kedai etnik, saya menuju stesen metro. Ketika saya naik ke sebuah metro berwarna oren. Saya menerima reaksi yang tak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang padat penumpang.

"Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!" Teriak lelaki mabuk tadi.


"Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mahu melihat ke arah wajah saya yang berpakaian begitu. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, "Barang anda jatuh," kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan sepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah.


"Saya tidak boleh mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar.


"Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai, membantu saya membetulkan cadar, ia berkata bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya kenakan. 


"Gadis Somalia itu juga beritahu sebaiknya elok menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatik dan mengundang pandangan ramai orang.

"Tudung warna-warni yang cerah lebih bagus," kata gadis itu seraya mengatakan bahawa kaum wanita Muslim di Finland bebas menentukan sendiri untuk menutup bahagian mukanya.


"Dan di Mall Itäkeskus, saya melihat ramai orang yang memandang saya dengan tatapan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minuman tin yang dipegangnya apabila melihat saya dengan raut muka panik.


"Saya sendiri mula membiasakan diri memakai abaya dan cadar. Saya mula merasakan pakaian ini sangat selesa dan hangat, meski saya agak sukar untuk melihat sesuatu dengan jelas kerana cadar yang saya kenakan.


"Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan letak kereta di tingkat paling atas Mall Puhos. Di lintasan jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua asal Somalia yang dengan pelan mengucapkan "Assalamu'alaikum".


"Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap Muslimah dari berbagai usia dan dari pelbagai etnik, yang mengenakan busana muslimah selalu mengucapkan "Assalmua'alaikum" semasa berselisih dengan saya. 


"Ketika itu saya tidak mengerti apa arti ucapan itu, sehingga saya akhirnya tahu bahawa ucapan itu mengandungi doa kesejahteraan dan kesalamatan. Lalu, seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil saya. "Hello! Hei! Tunggu! "Teriak lelaki tadi. 

"Saya tidak menoleh kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu. Beberapa jam selepas bersiar-siar dengan mengenakan busana abaya dan cadar, saya kembali ke stesen Metro. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center."

Demikian kisahnya.

Selama perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan cadar yang dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan cadar rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan. 

Ia pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan cadar, "Sama sekali tidak buruk. Jika anda memakainya, anda akan merasakan kedamaian. "

Kisah ini menjadi ironi di saat negara-negara Eropah ramai-ramai mulai melarang hijab, jilbab atau cadar. Sepatutnya mereka yang mengenakan larangan itu, membaca kisah wartawan Helsinki ini sehingga tidak perlu ada dasar larangan berjilbab atau bercadar yang sejatinya dikuatkuasakan kerana sikap Islamofobia masyarakat Barat.

Sedih lagi bila di negara-negara umat Islam pun ada saki-baki ara berfikir begitu.
(IH)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails