Tuesday, December 15, 2015

Poster Ini Hina Islam? DAP Kutuk ‘pemimpin Melayu otak cacat’ ?

PEMIMPIN DAP Perak, Nga Kor Ming dikutuk oleh pengguna Facebook (FB) kerana menghina pakaian umat Islam melalui sebuah status berserta poster yang dimuat naik di akaun FB miliknya.
Di dalam poster bertulisan Cina itu, Nga menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sama ada ia akan dijadikan sebagai uniform baharu pramugari syarikat penerbangan MAS.
Nga juga mengutuk perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’ yang mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat.
Ramai pengguna FB meluahkan rasa tidak puas hati dengan poster itu kerana Nga dianggap telah menghina pakaian umat Islam.
Abu Ilham berkata, tindakan Nga adalah satu yang memalukan.
“Shame on you Nga Kor Ming! Saya tidak pasti apa motif u letak gambar perempuan Islam berpurdah. Saya pasti ianya satu penghinaan!” tulisnya.
Muhammad Al-Mahdi pula menyifatkan Nga sama seperti calon Republikan AS, Donald Trump kerana berfikiran sempit.
“Apa yang cuba anda sampaikan dari poster tersebut? Apakah anda cuba memomokkan pemakaian wanita berburqa? Jika ya anda tak lebih kurang bodoh dan tolol serta konservatif seperti Donald J. Trump.
“Di United Kingdom (UK), hak kebebasan berpakaian adalah utama dan tidak perlu gerakan menakutkan masyarakat dengan apa jenis pakaian pun, bahkan usaha mereka mendekatkan dan memahamkan semua jenis pakaian adalah pilihan,” katanya.
Nasrul Alam Ash’ari turut memberi komen terhadap ‘kebijakan’ sesetengah ahli politik melontarkan kenyataan terhadap isu-isu semasa.
“Patutlah UMNO, MCA, MIC & BN masih menang walaupun banyak korupsi dan tipu rakyat. Kebanyakkan ahli politik parti pembangkang tidak bijak menjawab dan merosakkan lagi suasana. Lagi merosakkan hubungan beragama dan kaum di Malaysia. PAS, PKR, DAP patutlah jadi pembangkang selamanya,” katanya.
Terdahulu, ketika perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus melahirkan kekecewaan terhadap konsep syarikat penerbangan milik kerajaan, MAS yang masih menghidangkan arak dan mengekalkan konsep pakaian pramugari yang mencolok mata.
“Dalam memperkatakan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, satu yang menjadi kehairanan saya iaitu syarikat MAS milik kerajaan membenarkan lagi penghidangan arak dan pemakaian pramugari yang tidak sesuai.
“Tolonglah Presiden (Datuk Seri Najib Razak) beri perhatian segera. Saya fikir kalau MAS tiada duit sekalipun, Ketua Wanita di cawangan- cawangan boleh jahit pakaian pramugari ni bagi sopan sedikit,” katanya.-15/12/2015  (IH/Agenda Daily)

Lihat..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

13 comments:

Anonymous said...

Kebanggaan atau kebanganan tahap melampau itu adalah tanda tanda kejatuhan.pan tak kira mereka akan tetap sokong dap.tgoklah mereka tak akan berkutik sedikitpun bila dap bertindak menghina islam.lg dap tunjukkan kebodohan lg pan akan menunggu saat saat kematian.

Anonymous said...

kita tunggu samada PAN atau PAS yang akan terhumban.dulu Pas teguh dengan pendirianya kini segalnya luntur ,lemah longlai apabila di sua dengan jnji oleh Umno .punya setan peminpin yang menipu ahli bawahan.kau slah seorang anon 12.07

Anonymous said...

Kah kah kah ......... kan mmg betul org kata kalau Dap hina Islam barua Dap @ PAN diam je tapi bila Dap disentuh sikit je barua2 depa mula meroyan mcm anon 12.55 !

Anonymous said...

Sejak merdeka DAP ke? yg memerintah negara ini? Pemimpin DAP jadi macam itu sebab pemimpin melayu yg mengaku Islam pun tidak tegas dlm menegakkan hak Islam. Org Islam dedah aurat & hidang arak tapi pemimpin buat apa? Kenapa sejak merdeka sampai sekarang org bukan Islam tidak faham apa itu Islam & hak-haknya. Org Islam telah gagal memahamkan hak2 Islam kpd bukan Islam terutama pemerintah yg dipimpin oleh umno sejak merdeka. Pemimpin umno kaki arak, perempuan, rasuah, salah guna kuasa, rasis dll. Itu semua mengaku melayu & Islam tapi perangai lebih teruk dari org bukan Islam, apa cerita?

Siapa memerintah? Semua ini pembangkang yg salah?

Anonymous said...

Mereka tu bkn tak faham islam sudah berapa lama duduk dlm negara islam.kawan mereka pun islam juga.bagaimana mereka akan berhenti mengutuk islam jika kawan mereka yg islam itupun bagai bersetuju dgn sikap buruk mereka.mereka itu mmg jenis org yg tak tahu utk menghormati org lain .mereka tu sejenis donac trium.tgok la pr yg seterusnya org spt ini akan mendapat pengajaran termasuk lah penjilat penjilatnya

Anonymous said...

penguasa Islam buat apa selama ni dah 60 thaun
tak peduli halal haram
inilah jadinya

Anonymous said...

Betul ka dia hina islam. Atau setakad memperkatakan sesuatu yg tidak sesuai dalam satu2 hal dan keadaan.

Anonymous said...

Pakai tutup aurat memang patut diamalkaan, wajib tak boleh tolak
Apa yg nga kor ming tanya tu memang betulla
takkan sampai burqa, kat malaysia ni kalau dipraktikkan perempuan pakai burqa maka akan jadi lebih banyak maksiat sebab nak melacur jadi lebih mudah, orang tak tau siapa, bini orang nak ikut jantan lain pun senang senang aje la, apa yg aku tulis ni dah berlaku bukan takat cakap2 aje
dimalaysia ni patutnya burqa dilarang, lagipun bukan perkara wajib, lain la dipadang pasir yg ada ribut, kebanyakan yg pakai burqa kat malaysia ni mengada ngada lebih, nak tutup perbuatan jahatnya saja
aku islam, aku tulis macam ni sebab tak mahu masyarakat islam jadi tunggang langgang
ngapa pengkritik berotak sempit?
asal dap aje racis, gitu?
pakaila akal bodo

Anoynimous said...

Tu yang tulis kat atas tu aku, yahya pikin, nak tulos nak komen terang2 jangan selindung2, patutnya jangan ada ruang anonymous utk komen sebab bila bagi ruang pada anon maka mereka akan tulis kot suka monyang dia orang aje, tulis tapi akal taruk kat lutut, tembak kot suka mana dia nak tuju, fakta lari habis,
blok anon baru komen ada kualiti sebab penulis takkan suka suka tulis

yahya pkkin said...

Aku dah tua tak pandai nak taruk nama kat situ eh sapa2 boleh tunjuk macamana nak taruk nama pada komen

yahya pikin said...

Haaa naik pun nama
Apa nak takut kalau yg kita tulis tu betul
Ni tengok ruangan komen ntah apa apa

Anonymous said...

Bini petdana menteri pon tk pandai pakai tudung....bukanya penghinaan....tp kebencian yg melampau...bila pemimpin pon tk amalkan islam.... Jgn laa terasa hina.....

Anonymous said...

Nga Ko ming ni sedara mara PAS,sebelum mereka (DAP dan PAS)bergaduh tak pernah orang PAS hentam cina komunis ni,apa yang dibuatnya semua baik saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails