Wednesday, December 16, 2015

Ancaman Bom, Lebih 1000 Sekolah Di Los Angeles Tutup. AS Takut?


LOS ANGELES: Lebih 1000 sekolah di Los Angeles dilaporkan ditutup akibat ancaman bom dan serangan bersenjata. Akibatnya ratusan ribu pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan semalam.

Tindakan itu bagaimana pun disifatkan banyak pihak sebagai keterlaluan dan mendapat kecaman.

Ini kerana pihak berkuasa kemudiannya memaklumkan bahawa siasatan mendapati ancaman yang ditakuti itu hanyalah amaran palsu yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

Ancaman tersebut dilaporkan dihantar melalui emel dari Jerman dua minggu selepas pasangan Syed Rizwan Farook, 28, dan isterinya, Tashfeen Malik, 27, melancarkan siri tembakan rambang di San Bernardino, California yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 21 yang lain.

Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti turut mengesahkan siasatan pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mendapati ancaman tersebut palsu. Ekoran itu semua pelajar boleh memulakan sesi persekolahan mereka seperti sedia kala, Rabu.

Siasatan lanjut bagaimanapun akan diteruskan pihak FBI mengenai emel palsu yang diterima. – Agensi

Pantun Melayu menyebutkan..

Melukut di tepi gantang
buka sanggul cari kutu,
Sebab takut akal pun hilang
tunggul dikata hantu.

Video: 

Los Angeles schools shut down over bomb hoax

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails