Wednesday, December 16, 2015

Amanah Ambil-alih K'tan? Omong Kosong Mat Sabu -Ibnu Hasyim.

Mat Sabu

PARTI Amanah akan ambil-alih Kelantan? Itu omong kosong Mat Sabu. Demikian pendapat Weblog Ibnu Hasyim.

The Malaysian Insider (TMI) melaporkan hari ini, Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada PAS bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).  Kata Mohamad Sabu, yang mendakwa wujud ramai penyokong dalam diam kepada parti serpihan itu, tanpa memberi apa-apa bukti. 

Presiden Amanah itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kerajaan di negeri pantai timur Semenanjung itu mempunyai paling ramai golongan 'harumanis' di kalangan rakyatnya.
Istilah itu diambil sempena sejenis buah mangga, digunakan bagi menggambarkan ahli PAS yang menyokong Amanah, yang ditubuhkan selepas puak progresif meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu.

Mangga harumanis hijau di luar tetapi oren di dalam, mencerminkan warna rasmi PAS, hijau, dan Amanah, oren.


Bercakap dalam satu wawancara dengan TMI, Mat Sabu hanya menyebutkan..

"Saya diberitahu, berdasarkan kajian yang dibuat, PAS akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan kerana pelbagai sebab.

"Generasi kami dulu antara yang memenangkan PAS di Kelantan. Kami tidak akan izinkan ia jatuh ke tangan BN kembali.
"Kalau nak tolak PAS pun, pergilah kepada Amanah, jangan bersama Umno," pinta bekas timbalan presiden PAS itu.

Namun menurut TMI, pilihan raya umum seterusnya dijadualkan pada 2018. Bagaimanapun, pada masa ini, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan yang menyokong Amanah tidak mencukupi untuk membantu parti baharu itu menang di negeri itu dan membentuk kerajaan.

Sejak Amanah ditubuhkan beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap yang ia mendapat sokongan kira-kira 10 hingga 15 Adun negeri itu. PAS memiliki 32 daripada sejumlah 45 kerusi DUN di Kelantan. Selebihnya dipegang BN (12) dan PKR (1).

Sehingga hari ini, tiada seorang pun wakil rakyat negeri yang secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada Amanah. Namun 2 ahli Parlimen PAS di Kelantan sudah pun meninggalkan parti itu. Mereka ialah wakil rakyat Kuala Krai Dr Mohamad Hatta Ramli yang menyertai Amanah, dan wakil rakyat Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai PKR.

"Maka bertambah jelas bahawa kenyataan Mat Sabu tersebut tidak berdasarkan kepada fakta terkini, apalagi tiada tanda-tanda rakyat menolak kepimpinan PAS Kelantan yang ada sekarang." Jelas Weblog Ibnu Hasyim lagi. (IH)

15 comments:

Anonymous said...

Biarkan dia.. lepas ni kalau tewas jgk dikelantan sudah pasti dia akan kecewa dan dia akan tubuh parti baru lagi..dan lagi...

bat8 said...

Tuan Haji

Nak tergelak pun ada dengan tuan haji ni. 2 soalan je:

1. Tuan Haji orang kelantan ke? Kalau bukan, xyah masuk campor!

Tahu ke apa sentimen rakyat kelantan terhadap kerajaan PAS pimpinan Mat Yaacob dan Nik Amar?

2. Amanah xleh pasang cita2 hendak menang di kelantan? Tapi PAS boleh cakap besar nak tanding lawan DAP disemua kerusi, berangan nak memerintah Malaysia dengan bertanding 73 kerusi parlimen dalam PRU 13? Tau la beragan macam mat jenin ji free...xdimena bayaran, GST pun xkena....tetapi agak2 le sbb tuan haji ji bukan budak baru kenal politik....

Anonymous said...

tk muastahil.

kenapa nk jadi tok nujum ckp amanah omong kosong?

masuk pru semua boleh jadi

dulu hadi pun punca bertanding 3 penjuru.. semua blh berlaku

siapa sangka hadi khianat rakan2 PR. tp rupanya ulamak serban
pun manusia biasa yg kaki penipu dan khianat

Amanah kalau kalah tkde masalah sebb ia parti baru
tp kalau memang PAS mau terjun laut lah.

niat Amanah nk menang di kelantan bkn kerana PAS tp kerana
PAS dilihat sudah rapuh di kelantan dan bakal tumbang
kpd UMNU. Kelantan perlu diselamatkan dpd umnu.

PAs sgt dungu betapa umnu sgt mengidamkan kelantan yg kaya
minyak dan gas asli yg belum dipunggah sepenuhnya lagi.

pemimpin PAS kelantan sudah puashati dgn songlap balak
dan sanggup biarkan umnu potensi menang dan bakal merompak
hasil bumi kelantan

hudud tak buat... pru kalah.. kelantan tergadai....

yg bolehnya jadi penasihat.. itu pun nasihat saja lah

siapa hadi yg najib nk dengar nasihat dia?

betapa ramai ulamak dlm umnu yg tidak mampu menasihat
hanya mampu menjilat kunun nasihat mcm fathul bari

kalau jamil khir lagi hancur.. dia yg lebih dpd penyamun

tp kita harap jugalah najib ingat jasa hadi hancurkan PR dan
bagilah dia jawatan penasihat agama JPM. dptlah gaji lumayan.

amat takut PAS dgn cita2 Amanah nk menang di kelantan.
hak amanah lah nk berangan ke, mimpi ke.. kenapa takut sgt

mcm lah najib dah taubat dan serah wang Rm42b dan 2.6b kpd
rakyat malaysia dan case close... maka PAS takde isu besar
selain dpd cemas dgn Amanah.

malaysia dibawah najib ni tiba2 jadi suci dgn sokongan puak
ulamak pasug. sehingga najib rasa rupanya ketua negara islam
ni kebal undang2 dan haram dijatuhkan.

wwwoooooww untung jadi ketua negara islam. ulamak sokong mati2an
dan haram dijatuhkan.

sudah tentu bukan islam hairan....'dimana kata islam tu adil maa?'
gua culi sikit kena tangkap maa, najib curi manyak jadi halal maa
tatak boleh ditukar maaaaa'.. waaa ini mcm islam kata adil ke?'

'hanya lebih baik pegi kuil terus sampai mati maaaa.'

cemarnya islam kerana ulamak penjilat

Unknown said...

Dia cipta citer khayalan lepas tu dia kata boleh selesaikan.. Nampak mcm x de kredible punya pendapat mat sabu ni.. Tapi x pe, layan je bg dia rasa mcm masih ada pengaruh.. Kihkihkih..

Anonymous said...

Salam semua,

Politic is a game of numbers and a game of perception!!!

Kalau Mat Sabu nak menang mestilah pakai persepsi.

Persepsi dia PAS jual amanat Tuan Guru Nik Aziz!!!

Persepsi lain Haji Hadi sokong GST, sokong RM 2.6 billion, sokong hutang negara beratus billion!!!

Sikit pun tak fikir hal rakyat!!!

Kalau rakyat Kelantan sokong PAN pun munasabah!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

wahai ibn hasyim dan kuncu2nya .kau tahu ke takdir allah? kau tahu ke ketentuan Allah? apakah kelantan tak bolih dimenagi oleh parti Amanah? mustahil ke.mustahil ke atau tak masuk akal ke kalau ada orang kata Hj Hadi akan jadi PM selepas PRU 14 nanti ,atau kau ibn Hasyim bersetuju pulak? jangan fikir kau tak akan tua selamanya. nampak wajahnya pun dah lain macam aje.janagn pandang rtemeh usha orang .jangan sombong ,jangan takabur.tak baik ,muhasabahlah diri tu .sekurang2nay ugutan Mat Sabu itu menjadi pengerak semangat untuk Pas kelantan berusaha lebih lagi .DAN jangan jadi bodoh sombong.jadilah bodoh sumbang.

Anonymous said...

hj concentrate on cerita bogel sudah lah. biar org kelantan tentukan siapa yg dia nak undi

Anonymous said...

Yg mengundi rakyat malaysia bukan ahli pas saja. Belambak yg bukan ahli parti. Blog ini perlu buang cerita lucah.Allah tak suka.

ibnu marzuki al firdaus said...

Rayani air, tuan. Dah nak fly. Airline syariah :)

ibnu marzuki al firdaus said...

Rayani air, tuan. Dah nak fly. Airline syariah :)

Anonymous said...

Penulis blog ni tulis sendiri,komen sendiri dan masuk bakul angkat sendiri. kah...kah...kah...

Anonymous said...

Pak Ibnu Hasyim,aku kepingin cuci mata yang dah ngantukni,keluarkan saja foto bogel yang mantap dan seksi. Jangan disembunyi,keluarkan saja untuk tatapan bersama deh.

Anonymous said...

Sy sokong tuan hasyim.. pencacai kepanasan dgn tulisan tuan.. tahniah

mohd shahran said...

macai kepada ulamak pembohong

Anonymous said...

Tn hj yg optimis lg warak. Tn tk sesuai ulas politik. Politik macai bolehlah. Tp kalu cerita bogel hj sesuai banget. Mana pi cerita bogel drp indon, china dll. Awat sudah tobat ke? Kubur kata mari. Rumah kata pegi. Haha. Mat sabu nk berangan biark pi lah. Tk kena gst kan. Nk jd walaun pun berpadalah. Awat semua ahli pas dijamin syorga ker? Mufti pun bukan ahli pas tau. Kahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails