Sunday, December 13, 2015

Pengumuman: Gambia Sekarang Adalah Sebuah Negara Islam

Jammeh, Presiden Gambia sejak tahun 1994, telah menyatakan: 'takdir Gambia berada di tangan Allah SWT'


Burut: Gambia sekarang adalah sebuah negara Islam, demikian kenyataan presiden negara Afrika bahagian barat itu.

Presiden Gambia, Yahya Jammeh, membuat pengisytiharan itu di bandar Brufut, yang merupakan bandar pesisir di Gambia, pada Khamis (10/12/2015).



"Takdir Gambia berada di tangan Allah SWT. Kerana sejak hari ini, Gambia adalah negara Islam. Kami akan menjadi negara Islam yang akan menghormati hak-hak warga negara, "kata Jammeh seperti yang dipetik dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman web pejabat beliau, pada Sabtu (12/12/2015), sebagaimana dilapor oleh World Bulletin.




Gambia menjadi republik yang merdeka pada tahun 1970. Sejak itu Gambia telah mempunyai dua presiden, dimana Jammeh menjadi presiden sejak tahun 1994.

Menurut angka rasmi Gambia, Muslim membentuk 90 peratus daripada 1.5 juta penduduk negara itu. Selain Gambia, Mauritania adalah negara lain di Afrika yang dikenali secara rasmi sebagai Republik Islam.

"Sebagaimana Muslim majoriti di negeri ini, Gambia tidak mampu untuk meneruskan warisan penjajah," katanya lagi, lapor Reuters, Rabu (12/12/2015).
Presiden Jammeh mengatakan bahawa warga Gambia dari komuniti agama lain masih boleh menyesuaikan diri.

Jammeh mendapatkan reputasi di negaranya setelah berkuasa selama 21 tahun. Dia membuat gebrakan pada tahun 2013 dengan menyatakan Gambia keluar dari Negara Komanwel yang dia sebut sebagai neo-kolonial.

Pada tahun 2007, dia pernah mendakwa telah menemui ubat herba untuk AIDS. Walaupun hubungan komersial dengan Inggeris dan negara-negara Eropah lain masih kuat, hubungan Gambia dengan Barat secara politik telah merosot dalam beberapa tahun terakhir. (IH/Arrahmah.com)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails