Sunday, December 13, 2015

Masjid Di Califonia Terbakar Teruk Dibaling Bom.. Serang Balas?

 Sebuah masjid di California Selatan, AS rosak teruk akibat terbakar, Jumaat waktu setempat. Pihak berkuasa mengatakan kemungkinan insiden itu sebagai pembakaran yang disengajakan.

LOS ANGELES – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiasat kejadian sebuah masjid di negeri California yang cuba dibakar kelmarin, kata beberapa pegawai.
Beberapa pegawai masjid itu dipetik sebagai berkata oleh media AS bahawa seseorang telah membaling bom api ke arah bangunan tersebut.
Pasukan bomba bergegas ke Pusat Islam Palm Springs di bandar Coachella sejurus selepas asap dan api dilihat keluar dari bangunan masjid itu sekitar tengah hari, kata seorang jurucakap Jabatan Bomba Daerah Riverside.
Tiada kecederaan dilaporkan, manakala anggota-anggota bomba berjaya memadamkan api dalam masa setengah jam.
Jurucakap pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Los Angeles, Laura Eimiller berkata, ejen-ejen FBI kini membantu polis tempatan menyiasat perbuatan khianat itu.
Insiden tersebut berlaku sembilan hari selepas sepasang suami isteri beragama Islam di Sand Bernardino, kira-kira sejam pemanduan dari Palm Springs, membunuh 14 orang dan mencederakan 22 lagi dalam serangan yang disiasat oleh FBI sebagai se­rangan keganasan. – AFP
Sumber lain menyebuttkan, sebuah masjid di California Selatan, AS, rosak teruk akibat terbakar, Jumaat waktu tempatan. Pihak berkuasa berkata kemungkinan insiden itu sebagai pembakaran yang disengajakan.
Jabatan Kebakaran Riverside County melaporkan api mula melalap bahagian dari Islamic Center of Palm Springs itu pada petang hari. Petugas memastikan tidak ada yang cedera dalam kebakaran ini, sementara penyebabnya sedang disiasat.
Dikutip dari Foxnews, Sabtu (12/12/2015), Reymundo Nour berkata ia mendengar bunyi kuat seperti bom dan kemudian melihat api. Reymundo Nour, yang juga bertindak sebagai imam masjid, mengatakan bahawa tempat ibadah itu telah dibom.
Juru bicara Sheriff Riverside County menolak untuk menyatakan sama ada kebakaran itu sebagai pembakaran atau pengeboman. Atau serang balas? Yang jelas, katanya, sedang disiasat. (IH)
Lihat..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails