Friday, December 18, 2015

Akan Jadi Realiti, Satuan PAS-UMNO? Lihat Ini..


Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan PAS dalam satu pentas yang sama.

Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti menyatakan persetujuan itu ketika cadangan dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibunegara malam tadi.

"Ini merupakan langkah positif, pihak rabitah (alumni) akan membincangkan perkara ini, berdasarkan pengalaman yang kita ada, Insya-Allah kita mampu tubuhkan jawatankuasa itu.
"Saya yakin jawatankuasa itu nanti mampu mengadakan pertemuan seperti hari ini sekerap mungkin berdasarkan kemampuan yang ada.
"Kami akan mengenal pasti "tokoh-tokoh yang akan dibawa dalam jawatankuasa itu, yang mana mereka harus bebas daripada kepentingan mana-mana parti politik," katanya ketika ditemui media selepas forum berkenaan.

Turut hadir sebagai ahli panel forum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Besar Kelantan, yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa.

Cadangan penubuhan jawatankuasa itu disambut baik oleh Asyraf yang menyatakan perlunya pihak ketiga dalam menyatukan dua pihak yang selama ini tidak sehaluan dalam konteks politik namun ingin bersatu dalam menjaga kepentingan agama dan perpaduan umat Islam.

"Itu (jawatankuasa) satu cadangan yang baik, saya rasa gerakan penyatuan ini boleh dilakukan kerana adanya pihak ketiga yang diwakili ulama dan cendiakawan Islam dari Universiti Al-Azhar yang umurnya lebih 1,000 tahun.
"Dan kita tahu jawatankuasa itu nanti adalah ulama dan cendiakawan yang tidak mewakili mana-mana parti politik tapi mewakili suara hati rakyat," katanya.
-Bernama.

8 comments:

Anonymous said...

Kalau Umno tak seburuk firaun apakah Amanah lebih buruk dari firaun?menapa guna akal singkat untuk mevbenarkan apa yang kamu igin buat.cuba fikir peminpin mana yang sedang menzalimi rakyat.tetapi sebenarnya ini adalah satu beban untuk Hj Hadi .kalau beliau tidak menasihati sesorang tentang aurat dalam islam dan kalau mebisu .tunggu satu dosas menimpa kamu,kalau tidak menasihati agar jangan menzalimi rakyat ,tunggu satu dosa mneimpa kepala ,kalau tidak menasihati jangan makan harta haram ,tunggu dosa akan menimpa juga.dan banyak lagi beban yang akan ditanggung Hadi dan kuncu2nya,sekiranya beliau berjay menjadi isteri seseorang itu menutup aurat maka hadi akan berjaya seterusnya,kita nasihatkan Hadi agar jangan sampai tercabut serban dan akan memakai tali leher.

Anonymous said...

Islam bukan untuk bangsa melayu aja, Islam adalah untuk semua bangsa tak kira apa juga latar belakangnya.... kalau begitulah pemikiran si hadi ni yg islam ni untuk orang melayu je, semakin kolotlah pemikiran dia dan semakin menebal perkauman

Anonymous said...

Anom 11:28, biarah perkauman menebal ker apa lantak lah, yg penting orang melayu bersatu di dalam islam, satu payung.

Barulah melayu kuat...

Musa Sufyan said...


Kepada anonymous diatas..Jangan gusar!..TGHHA bukan seorang politikus 'mee segera'. Dia kaya ilmu politik dalam dan luar negara. Sepak terajang politik orang melayu amat mudah dibaca. Yang penting panduannya adalah cara sirah Rasulullah berpolitik. Kemas dan berkeyakinan. Itu sebabnya dalam segala tindakan dan jawapan politik PAS selama ini adalah diputuskan oleh 'Majlis Syura Ulama' yang memiliki pelbagai kepakaran dan ilmu. Allah dan Rasulullah rujukan mereka. Oleh kerana tuan2 mengambil maklumat politik dari dulu hingga sekarang dari 'kutipan tepi longkang'dan pemikir politik sekular dan asobiyyah yg melulu. maka berbagai tanggapan salah dan merugikanlah yang akan tuan2 lontarkan. Oleh itu berhati2lah...

Anonymous said...

BERKAWAN DGN TUKANG BESI, BAJU KOYAK
BERKAWAN DGN PENJUAL MINYAK WANGI DPT BAU PUN DAH NIKMAT...

Anonymous said...

Tang mana simusa ni kata ulamak tu pandai aku pun tak tahu. Kalau Hj Hadi politikus pandai takde le Terengganu dgn Kedah di perintah sepenggal aje.. itu pun dapat sebab ada bantuan parti lain..

Majlis syura tu penuh dgn ustaz perasan pandai aje...sebenarnya banyak yg bengong..

Anonymous said...

Sama warna baju pun dah jelesss.. pan parti haprak.. bnyk mkn dedak dap..

Anonymous said...

Umno makan dedak tahi judi spt tauke genting. Sports toto. Berjaya group. Itulah tauke judi yg sokong umno sejak merdeka. I help u. U help me. Umno lulus lesen judi under MoF. Menteri MoF adalah umno. Haha. Mana nk lari umno macai. Judi lesen halal. Takdak lesen haram. Tk caya tanya mufti Harussini harussana. Kahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails