Thursday, August 27, 2015

TMB K'tan Aku Beli Range Rover RM200,000, Beliau Hidup Mewah?

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan mewah tetapi dengan harga jauh lebih murah memandangkan ia kenderaan terpakai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2015.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan 4 roda Range Rover bernilai RM200,000 selepas dakwaan beliau mempunyai beberapa kenderaan berdaftar atas namanya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp, lapor Harakahdaily.

Namun naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu kira-kira RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga didakwa membina 5 rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta, namun dinafikan Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud.

Asri sebagaimana dilaporkan lidah rasmi PAS itu berkata, dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.


"Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta, "katanya.

Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.

"Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).
"Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehinya kepada kerajaan negeri," katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga didakwa membina lima rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta, namun dinafikan setiausaha akhbar Mohd Asri Mat Daud.

Mohd Asri dilaporkan lidah rasmi PAS itu berkata, dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.

"Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut dan tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta," katanya.

Katanya, dakwaan itu bertanggungjawab dan fitnah berat kepada menteri besar terhadap perkara yang tidak wujud.

"Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Sedangkan hakikatnya beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz.
"Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi Menteri Besar. Beliau memulangkan kembali kepada kerajaan negeri elaun yang sepatut diperoleh, "katanya. - 27 Ogos, 2015.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa meminta supaya pemimpin PAS Pusat membuat semakan terhadap kemewahan pemimpin kerajaan Kelantan.

Husam mempersoalkan mengenai kekerapan lawatan ke luar negara oleh kerajaan negeri dengan mengatakan bahawa garis panduan yang ditinggalkan oleh bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak diikuti lagi. Beliau menerusi kenyatannya di Facebook kini tertanya-tanya sama ada pemimpin PAS Pusat memantau apakah yang berlaku di Kelantan walaupun kerajaan Kelantan menjadi buah mulut rakyat mengenai bagaimana mereka menguruskan negeri itu.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cuba bandingkan dengan kemewahan pemimpin-pemimpin UMNO, baru tahu kedudukan sebenarnya.. (IH)

9 comments:

bunbinban said...

mmg la harga rm200,000 tapi insuran roadtaxnya brape lemau oiii. Nak bandingkan plak dgn UMNO...hahahaha...lawak apa ni pakcik oiii.. jadi UMNO bermewah-mewah cuma PAS cuma bermewah-mewah sket je..hahaha...UMNo curi byk, PAS curi sket je, mcm tu?. hahaha...PAS ganti UMNO...kahkahkah

Anonymous said...

kalau betul ada sumber diragui report SPRM.. lepas ni pemimpin pas kena pakai keta dan moto buruk je la.. bodoh pnya husam musa dalam hati bnyk busuk..

Anonymous said...

nafsu ulama2 pas ni mcm nak saing dgn taiko2 umno. patutlah dah backup umno skrg ni. rakyat nak tgk pemimpin hidup sederhana. takut krn ingin hidup mewah dah mula menghampiri rasuah pula

Anonymous said...

gunung gondol d Kelantan hingga banjir besar tu kerja sapa? dah tentu bukan keje dap... kata permit dah beku, tp bila disemak masih ada permit baru dikeluarkan. tak ke menipu namanya? Islam ke kalau menipu rakyat?

dosa menipu satu orang pun tak tertanggung. inikan pula menipu rakyat!??


Anonymous said...

Apa nka bandingkan dengan peminpin Umno.nama dah terkenal lagi pun Nik Amar guna barang second hand je.apa nak pertikai sangat.biar kita dapat lihat kemampuan peminpin Pas juga.asyik2 guna kereta lama je mana stndard.Kita sepatutnya galakna lagi peminpin hidup biar ada standard sikit ,janagn dipandang lekeh je.

Anonymous said...

Anonm muose 6.00 ,sedap kau bodohkan orang .kau tu tenguk kt cermin,tenguk lama sikit.adakah wajah kau sma tak dengan wajah ulamak kau Hj Hadi? kalau sma ok lah tu kalau tak sma kau mesti serupa dengan Ibn Hasyim

Anonymous said...

Ko cuba tgk plak muka ko kt cermin pasti mcm lim guan eng & ling kit siang koh koh koh...

Anonymous said...

Kepada geng2 GHB.. sila baca artikel diberi..
Nampaknya perjuangan asal anda hnyalah tipu semata2..
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=25994

Anonymous said...

Tuan ibnuhasyim.. tolong masukkan dlm blog anda artikel diberi diatas.. t.kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails