Tuesday, August 25, 2015

PAS Ambil Alih 3 Kawasan Di S'gor. -Dr Ahmad Yunus Hairi

Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (tengah) pada sidang media di pejabat Badan Perhubungan Pas Selangor, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN

SHAH ALAM - Badan Perhubungan Pas Selangor hari ini mengumumkan pihaknya telah mengambil alih pentadbiran tiga kawasan Pas di negeri itu iaitu di Kota Raja, Shah Alam dan Kelana Jaya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pengambilalihan tiga kawasan tersebut dibuat mengikut peruntukan dalam Fasal 26(9)(j) Perlembagaan Pas (Pindaan 2011).

"Jawatankuasa Tadbir Sementara ini berkuasa untuk melaksanakan fungsi-fungsi dan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan dan ia bagi melicinkan proses mengisi kekosongan jawatan.

"Pentadbiran Pas Kota Raja dan Shah Alam, proses pelantikan jawatan-jawatan pemangku dan ahli jawatankuasa kerja kawasan itu telah disahkan setiausaha agung Pas Pusat dalam satu pertemuan pada 21 Ogos lalu di Pejabat Agung Pas," katanya pada sidang media di Badan Perhubungan Pas Selangor, di sini, hari ini.


Ahmad Yunus juga turut mengumumkan muka baharu bagi menggantikan Yang Dipertua Pas Kota Raja dan Shah Alam, masing-masing ialah Muhammad Diah Baharom dan Abdul Halim Omar, manakala Kelana Jaya akan diumumkan pada minggu ini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails