Friday, August 28, 2015

Permohonan 'Parti Progresif Islam' GHB Ditolak

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menolak permohonan Gerakan Harapan Baru (GBH), kumpulan serpihan PAS, untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama parti baru.
Perkara itu dilaporkan dalam perkhidmatan berita pantas Bernama sebentar tadi, dengan memetik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.
Susulan perkembangan terbaru ini, tidak jelas sama ada pengisytiharan yang dirancang diadakan pada Isnin depan di Kuala Lumpur akan menjadi kenyataan.
Menurut maklumat unit media GHB kepada media, sebuah parti baru akan diumumkan pada jam 3 petang di sebuah hotel terkemuka.
Parti berlandaskan Islam itu, yang terbuka kepada penganut setiap agama, dikatakan akan menyertai gabungan baru pembangkang dengan DAP dan PKR, menyebabkan PAS mungkin kekal bersendirian. (Mk)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails