Friday, August 28, 2015

Tubuh Majlis Perundingan Negara, Dr Mahathir Pengerusi -Mustafa Ali

Bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata satu jawatankuasa diperlukan untuk menangani krisis negara, terutamanya seperti kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.

Datuk Mustafa Ali mencadangkan Putrajaya menubuhkan sebuah jawatankuasa Majlis Perundingan Negara (MPN) yang dilihat mampu menangani krisis negara yang berlaku, terutamanya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, lapor Sinar Harian hari ini.

Dalam satu temubual khas bersama akhbar itu, bekas setiausaha agung PAS itu berkata, penubuhan MPN itu perlu melangkaui perbezaan politik di mana jawatankuasa tersebut perlu dianggotai pemimpin utama semua parti.

Beliau turut menamakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad calon pemimpin paling layak menjadi pengerusi majlis tersebut, selain bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam dan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kalau ditanya siapa paling layak, Dr Mahathir adalah orangnya. Ini kerana Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri dan beliau memahami banyak perkara.
"Saya yakin beliau boleh fikirkan macam mana nak selesaikan masalah negara sekarang," beliau dipetik berkata Sinar Harian.

Katanya, cadangan pelaksanaan majlis tersebut boleh dilakukan mana-mana ahli Parlimen dan tidak semestinya dari wakil rakyat pembangkang.

Ditanya sebab beliau membuat saranan tersebut, Mustafa memberitahu akhbar itu, masalah negara kini dilihat berada dalam tahap kritikal.

"Masalah ketika ini pelbagai. Ia kombinasi ekonomi, politik dan kesejahteraan rakyat. Saya tak pernah lihat ia berlaku pada zaman mana-mana perdana menteri sebelum ini.

"Ia terlalu tidak baik untuk negara apabila ada campur tangan dalam institusi daripada pemimpin negara. Keadaan ini perlu dihentikan tetapi kita tak tahu bila akan ada perubahan," katanya

Pengarah pilihan raya PAS itu juga pada masa sama menyenaraikan beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengubah kerajaan sedia ada, termasuk mendesak peletakan jawatan perdana menteri.

"Pertama, pilihan raya. Itu normal. Kedua, melalui undi tak percaya. Ketiga, sistem 'precedence' (duluan) seperti yang berlaku di Perak.

"Keempat ialah menolak pembentangan bajet di Parlimen oleh perdana menteri yang biasanya dilakukan pada Oktober," katanya.

Mustafa berkata, sekiranya majoriti ahli Parlimen tidak meluluskan bajet 2016 yang akan dibentangkan nanti, itu bermakna ia satu undi tidak percaya kepada perdana menteri.

"Dan secara moralnya, beliau perlu letak jawatan," katanya.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

4 comments:

Anonymous said...

Kuat betul ilusi Mustafa Ali dan Ibnu Hasyim dalam idea menyingkirkan Najib.Mereka perlu faham majority pemimpin UMNO masih mahu bersama Najib,jadi teruskanlah bermimpi disiang hari ya Pak Haji Ibnu.

Anonymous said...

Ha ha ambik penyamun veteran untuk buang penyamun aktif... eloklah wahai penyangak tua. Ketua penyangak tak buat u-turn lagi tu, dan dia buat u-turn tanpa signal terbabas kau.

Anonymous said...

Benar cakap Mustapha Ali. Elok Tengku Razaleigh menerajui. Negara dah tenat. Tenat kerana seorang insan yang tersalah langkah.....

Anonymous said...

Org umno lanun org dap pengambil kesempatan org islam masih tak dipercayai habis camno.ambik la muhyidin tu dia dah susah susah bertanya sampai kena buang kabinet.lagipun bkn jd apa pun pengerusi majlis je.lg elok jd pm sementara ganti najib.sementara pilihan raya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails