Wednesday, August 26, 2015

Beri Keadilan Kepada Ahli Sebelum Rakyat, -Husam Musa.

PAS seharusnya memberi keadilan kepada pemimpin dan ahlinya sebelum memberikan keadilan kepada rakyat, kata bekas naib presidennya Datuk Husam Musa (gambar) hari ini.

Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana ia boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia, soal beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian

Husam yang masih tidak sihat dan sedang menerima rawatan berkata, menjelang muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam berlaku.

"Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat? Adakah ini dibenarkan oleh Islam?" soal beliau dalam perutusan bertulisnya sempena majlis dialog di kawasannya pada Isnin.

Dalam perutusan itu, Husam juga mempertikaikan tindakan PAS membentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat.

Katanya, akta yang hanya satu alat politik ini menyebabkan PAS bersama Umno memecahbelahkan parti, merosakkan imej dan melemahkan kedudukan PAS. - 26 Ogos, 2015.

5 comments:

Pejuang Demokrasi said...

Melawan ketua patut dan wajib dibuang

Pejuang Demokrasi said...

Melawan ketua patut dan wajib dibuang

Anonymous said...

Bila dah taktersenarai dalam pentadbiran kerajaan Kelantan,mulahlah nak komplen itu dan ini. Dulu sewaktu ada pangkat dalam parti dan kerajaan ,semuanya elok belaka. Apalah nak jadi dengan engko ni Husam.

Anonymous said...

Seperti kacang lupakan kulit...insaf lah husam,sifat2 munafik dah terserlah..

bat8 said...

Tang mana sifat munafik husam tu....nak tahu juga....

Xjatuh kapir ke husam ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails