Tuesday, August 25, 2015

Labah-labah: Dalam Racun Ada Ubat, Tapi.. Gadis Jangan Baca Ini?


Ungkap Rahsia Yang Maha Agung.
WAJARKAH anak gadis jangan baca ini? 
Siapa sangka racun labah-labah yang dikenali berbahaya bagi haiwan dan manusia menyimpan manfaat yang diidam-idamkan oleh ramai lelaki. Terutama bagi mereka yang bermasalah di katil, bagaimana boleh?

Saintis dari Universiti Minas berjaya melakukan penyelidikan terhadap racun labah-labah Phoneutria nigriventer asal Brazil dan menyatakan bila racun tersebut dapat dimanfaatkan sebagai viagra alias ubat untuk membantu lelaki 'alat sulit'nya menjadi tegang.

Berdasarkan kajian tersebut, racun labah-labah itu mengandungi kompaun bernama PnPP-19 dengan fungsi serupa viagra. Kompaun itu boleh membuat darah terperangkap di zakar dan membuatnya tegang dalam waktu lama.

Hebatnya, kompaun tersebut tidak berbahaya dan tidak menimbulkan kesan sampingan apapun. Walaupun labah-labah Phoneutria nigriventer juga terkenal sebagai salah satu haiwan paling mematikan di dunia.

"Penemuan ini menjadi 'calon' yang sesuai untuk ubat baru bagi pesakit mati pucuk," ujar saintis Universiti Minas, Daily Mail (23/08).
Sebelum ini, di awal tahun 2015 ini, ahli sains lain juga sempat meneliti kompaun PnTx2-6 yang ada di racun labah-labah itu dengan tujuan yang sama. Namun, kompaun itu ternyata hanya mampu menimbulkan tegang kira-kira 20 minit dan menimbulkan kesan sampingan terhadap kerja jantung serta rasa sakit.

Di sisi lain, kompaun PnPP-19 yang ditemui di labah-labah Phoneutria nigriventer sudah teruji tidak menimbulkan kesan sampingan atau kerosakan terhadap organ tubuh mana pun. (IH)

Lihat juga..
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

3 comments:

Anonymous said...

PAS pun patut kena makan viagra sebab dah lemah dan lembik tunggu masa nak MENOPAUSE. Yang dikejar tak dapat yang dikendong habis berterabur.

pas al-siku wal-lutut said...

kahkahkahkahkahkah............setuju 101% dgn pendapat Anon 10:32 PM ;-)

Anonymous said...

Nak masuk ghb ke amanah ke lantak korang la.yg kutuk pas tu mcm bagus sgt.sedarlah sikit kamu yg lari dr jemaah kerana tak puas hati.mcm la kamu tu tahu sgt agama.nanti org akan melihat kebenaran juga.apa yg kamu suka sgt ahli pas keluar pas.kamu lah penecah belah parti.perangai sama mcm najib.sedarlah diri juga jgn nak kutuk org sj nanti akan terkutuk diri sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails