Monday, August 24, 2015

Mengenai GHB, Ingatan Kepada Pakatan Rakyat. -Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali.

Mohd Sabu.

KL: Sebagai ingatan kepada Pakatan Rakyat (PR), samada PR yang telah lalu atau akan datang, ianya  perlu memikirkan kalau GHB (Gerakan Harapan Baru) ini masuk bergabung dengan mereka, sejauhmana mereka memikirkan mereka boleh capai kejayaan sepertimana bersama PAS dulu, (menang) sehingga boleh bentuk kerajaan negeri.

Kelebihan itu masih kepada PAS lagi dan status quo jumlah kerusi yang mereka menang itu masih kekal, atau mungkin bertambah. Kalau kalahpun mungkin tak banyak, di kawasan 50:50. 

Begitu pandangan Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali (gambar kanan), penganalisis geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang melihat kepada perbandingan situasi antara PAS dan GHB, seperti dilaporkan Dialog Rakyat semalam.

Dr Fuad yakin bahawa PAS mempunyai sedikit kelebihan berbanding parti baru itu.

"Saya melihat, PR perlu memikirkan kalau GHB ini masuk bergabung dengan mereka, sejauh mana mereka memikirkan mereka boleh capai kejayaan sepertimana bersama PAS dulu, (menang) sehingga boleh bentuk kerajaan negeri.
"Saya merasakan kelebihan itu masih kepada PAS lagi dan status quo jumlah kerusi yang mereka menang itu masih kekal, atau mungkin bertambah. Kalau kalahpun mungkin tak banyak, di kawasan 50:50," katanya lagi.

Beliau berharap GHB atau parti serpihan yang diwujudkan oleh kumpulan progresif PAS, perlu berusaha lebih keras bagi menyaingi parti asalnya walaupun kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada tokoh berpengaruh. Sebagaimana PAS yang juga perlu meningkatkan usaha selepas kehilangan beberapa pemimpinnya.

Menurutnya, kedudukan GHB sedikit berbeza kerana parti berkenaan masih belum 'establish' (kukuh) berbanding PAS. Penyertaan pemimpin berpengaruh ke dalam GHB tidak boleh dijadikan kayu ukur yang menentukan peningkatan sokongan ahli khususnya akar umbi terhadap parti baru berkenaan.  

"Parti GHB ini ada juga pengikutnya. Kerana seseorang itu menubuhkan parti politik kerana mereka yakin bahawa ada penyokong.   
"Kita lihat tokoh seperti Mohamad Sabu dan lain-lain, memang mereka ada pengikut. Tapi persoalannya seramai mana penyokong mereka? Adakah apabila GHB ini ditubuhkan, walaupun tokohnya hebat, mungkin mereka (pengundi) nak menilai apa harapan yang parti ini boleh beri kepada Malaysia dan parti yang dibawa itu.
"Tokoh hebat tapi setakat mana prestasinya. Orang nak melihat prestasi anda," katanya dalam satu temubual bersama Antarapos.

Bekas Timbalan Presiden PAS yang kini merupakan Pengerusi GHB, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebelum ini melahirkan keyakinannya bahawa parti baru itu akan mendapat lebih banyak sokongan daripada rakyat. Mat Sabu berkata, ini berdasarkan maklum balas yang luar biasa yang diterima GHB dalam beberapa siri jelajah mereka. 

Bagaimanapun Dr Fuad berpandangan, ahli parti mahupun pengundi akan menilai manifesto yang akan dibawa oleh GHB sebelum memutuskan untuk meninggalkan PAS dan menyokong parti baru berkenaan. 

"Siapa saja tokoh boleh di atas, tapi bagaimana nak menyampaikan hasrat parti baru ini kepada akar umbi. (Perlu terangkan) apa program anda, mengapa perlunya menubuhkan sebuah parti sedangkan PAS sudah mantap.
"Adakah hasrat anda untuk sesuatu? Adakah mahu mengubah ideologi Islam supaya boleh diterima masyarakat, atau adakah kerana mahu menjadi rakan kongsi PR menggantikan PAS?" kata beliau yang juga Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) UKM.   (IH)

5 comments:

paparock said...

Saya melihat kumpulan Mat Sabu ini hasil politik strategik DAP dalam mengawal situasi politik di Malaysia. Kumpulan ini ada idealisme sendiri bersandarkan kawasan populasi bandar dan subbandar yang masyarakatnya bercampur akan memilih mereka. Keyakinan itu terbentuk apabila semua kawasan ibu negeri dimenangi PR. Mereka memilih menjadi Islam yang lunak dan sedia bertolak ansur dan mungkin juga berunsur liberal dengan harapan masyarakat bukan Islam akan bersama mereka. Namun hakikatnya DAP tidak begitu. DAP cuma mahu mengatasi PAS dalam jumlah kerusi DUN terutama dalam negeri Selangor. Untuk mencapai hasrat itu DAP perlukan sebuah parti yang boleh menyaingi PAS. Ini kerana dalam PRU yang lalu telah ditetapkan PAS vs UMNO, DAP vs Parti sekutu UMNO seperti MCA, MIC dan Gerakan, manakala PKR pula lebih kepada kawasan bercampur. Oleh kerana untuk menumbangkan BN, perlu terlebih dahulu menewaskan UMNO dan yang berada di posisi tersebut adalah PAS. Dalam erti jika PAS menang UMNO kalah, begitulah sebaliknya. Dengan wujudnya GHB yang sudah tentu akan bertanding GHB vs PAS vs UMNO. Peluang PAS untuk menang adalah rendah. Peluang UMNO dilihat semakin cerah. Kerusi DAP dan PKR dijangka tidak banyak berubah, maka DAP amat berpeluang untuk menerajui kerajaan negeri. Persoalan yang terlupa diambil kira oleh DAP atau PKR mahupun GHB serta penganalisis politik...jika GHB dibiarkan vs PAS dalam PRU, apakah tindak balas PAS pula? Saya yakin PAS akan meletakkan semua calonnya bertanding di semua tempat sama ada DUN atau Parlimen. Jika ini yang berlaku, UMNO boleh terus tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada GHB dan DAP.

Anonymous said...

Aku percaya apa yang paparock tulis,ini semau kerja DAP hendak memusnahkan Pas,Selama ini kita tidak tahu bahawea Hj Hadi dirasuk oleh DAP untuk menghina Kumpulan G18 dengan kata2 menghina ,dan tuyjuan DAP adal untuk kumpulan G18 ini tersingkir dari PAS dan sekarang uadaha dan rancangan DAP telah berjaya.sekarnag DAP seolah2 buat baik dengan GHB ,tetapi yang sebenarnay DAP dah berbincang dengan Hj Hadi dan Haron Din.DAP juga ada rancangan untuk mnegekal umno dan BN ,kita dalam Pas sahaj yang bodoh.

Anonymous said...

hehehehehehehehehehehehehehehehheehehehehehehehehehe.sori admin aku ketawa

Anonymous said...

Pada saya apa yg penting adalah "good governance",kenapa mesti dikisarkan takut pada DAP,sekarang ini zaman yg serba mencabar ekonomi dah teruk,rasuah menjadi-jadi,akhlak moral yg buruk dan sering suka menyalahkan orang lain di atas kesalahan sendiri.Umno akan cover kesalahanya dgn menyalahkan DAP dan Yahudi.PAS akan menyalahkan DAP akan kelemahan pimpinannya.Kalau asas menyalahkan orang lain sebagai untuk memperbaiki negara kita tak akan kemana.Jika umno dan PAS bercantumpun melayu solid memerintah negara tapi basic good governance tidak dipedulikan, negara tak kemana malah bertambah parah lagi.RAKYAT YG BIJAK ADALAH yg akan menitkberatkan tauladan-tauladan pemimpin di atas apa yg dia cakap dan buat,dan tawaran organisasi yg dipimpinya tanpa darimana ia datang.

TQ.Ibnu hasyim membenarkan comment saya.

Anonymous said...

Tak pernah habis DAP... DAP... DAP... memang menjadi, DAP tu jadi modal untuk takutkan Melayu walaupun setinggi mana orang Melayu tu belajar!
Inilah satu-satu kejayaan UMNO untuk takutkan Melayu! Dengan dongeng murahan inilah UMNO terus hidup! Melayu terus takut berubah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails