Wednesday, August 26, 2015

Kemewahan PAS Kelantan. Kritik Husam Musa.

Husam Musa.

KOTA BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa meminta supaya pemimpin PAS Pusat membuat semakan terhadap kemewahan pemimpin kerajaan Kelantan.

Husam mempersoalkan mengenai kekerapan lawatan ke luar negara oleh kerajaan negeri dengan mengatakan bahawa garis panduan yang ditinggalkan oleh bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mati tidak diikuti lagi. 

Beliau menerusi kenyatannya di Facebook kini tertanya-tanya sama ada pemimpin PAS Pusat memantau apakah yang berlaku di Kelantan walaupun kerajaan Kelantan menjadi buah mulut rakyat mengenai bagaimana mereka menguruskan negeri itu.



"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz) dari segi kemewahan hidup para pemimpin, kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap," katanya sambil menambah mengenai banyak perkara lain yang sepatutnya dipantau oleh PAS Pusat.

Husam turut menyentuh mengenai Muktamar PAS baru-baru ini apabila berlaku segala bentuk fitnah dan caci-maki di luar adab Islam.

"Apakah pendirian Majlis Syura PAS dan PAS pusat. Adakah ini dibenarkan oleh Islam?
"Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?," soalnya.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob yang merupakan menteri besar tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. (mStar)

5 comments:

Anonymous said...

Husam,Husam kalau dah tak laku ku diam sajalah,tak payahlah banyak songeh.

Anonymous said...

Diakan ahli politik yg perihatin aper masalahnya...

bat8 said...

Tuan Haji

Anon 7:19 bukan orang kelantan. Saya orang kelantan dan saya tahu politik Kelantan dengan agak detail baik mengenai PAS atau UMNO.

Apa yang diucapkan oleh Husam itu ada kebenarannya. Isu balak, isu menggunakan kuasa menindas rakan yang tak sebulu dikalangan pemimpin PAS Kelantan, kemewahan sesetengah Adun menjadi bualan rakyat.

Now, jumlah ahli-ahli PAS di kelantan bukan majoriti berbanding dengan pengundi2 yang bukan ahli PAS di Kelantan. Purata nasional jumlah ahli PAS di setiap Dun hanyalah 2, 353 orang sahaja. Ada ke Dun dimana2 dimana jumlah ahli PAS di Dun itu melebihi 51% jumlah keseluruhan daftar pengundi di dun tersebut. Logik mengatakan tidak. Jadi bila isu2 kemewahan yang sebutkan diatas itu sudah menjadi bualan rakyat, maknanya ia seriua dan akan memberi kesan besar kepada PAS Kelantan dalam PRU 14 nanti. Tambahan pula, 11 kerusi drp 36 kerusi Dun yang dimenangi oleh PAS Kelantan dalam PRU 13 lalu adalah dengan majoriti tipis.

Dengan kedudukan ini dan juga sentimen rakyat semasa mengenai PAS Kelantan ini, kita tak nampak yang pemimlin PAS Kelantan termasuk MB dan TMB sedar hakikat sebenar. Perubahan Sentimen rakyat sekarang bukan fenomena baru dalam politik Kelantan kerana ia pernah berlaku 2 kali. Pertama dalam tahun 1978 apabila PAS kehilangan kerajaan negeri. Perkara yang sama berulang tahun 1990 tetapi kali ini yang menjadi mangsanya ialah UMNO. Kepimpinan PAS Kelantan sebenarnya amat lemah setelah ketiadaan TGNA. Kalau tidak apa masakan perkara yg dibangkitkan Husam itu terjadi. Ia adalah antara ciri2 pemimlin yang lemah bila mempunyai kuasa mula nampak kemewahan. Amanah mereka tabu tetapi xberdaya hendak pikul sebab mereka itu lemah dan kebolehan memimpin agak lemah walaulun ilmu ugama sarat.

bat8 said...

Tuan Haji

Sambung skit....

Kelemahan segelintir pemimpin PAS bila diberi jawatan mentadbiran negeri bukan tuduhan walaupun mereka ini sarat dengan ilmu ugama. Kita lihat apa jadi dengan PAS Terengganu dan Kedah apabila diberi kuasa memerintah negeri- hanya mampu sepenggal je. Jika penggal itu dalam bentuk 6 bulan ke 6 bulan, lagi le cepat bungkus. Nasib baik sepenggal itu 5 tahun!

Bukan kata agamawan xboleh memerintah kerana ada agamawan bertaraf ulamak boleh memerintah. Contoh yang ada zetakat ini ialah Almarhum TGNA. Memerintah memerlukan bakat dan kebolehan lain selain dati ilmu ugama yang sarat. TGNA memerintah selama 23 tahun( 5 penggal) manakala Presiden PAS hanya mampu sepenggal sahaja sedangkan ilmu ugama keduanya boleh dianggap setara.

Mengapa Mahathir menjadi PM selama 22 tahun sedangkan ilmu ugama amat jauh bezanya dgn Presiden PAS yang hanya me jadi MB ( buman PM pun) hanya sepenggal? Sepatutnya kalau ilmu ugama itu menjadi ukuran kebolehan seseorang itu menjadi MB atau PM seperti diprogramkan diminda ahli2 PAS, Mahathir sepatutnya hanya mampu menjadi PM sepenggal je!

Anonymous said...

patutla tgna mendidik diri merendah menginsafi pangkat dn gelaran adalah amanah bukn habuan.

lagi bertaraf ulamak lg kuat ujian....klu gagal lg hina dr org biasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails