Tuesday, August 25, 2015

'Jika Gentleman Kosongkan Kerusi, Biar Rakyat Tentukan' -S/U PAS S'gor

PAS Selangor tidak akan berkompromi dengan anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) jika mereka mahu turut bertanding di kawasan yang ditandingi calon PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kalau mereka anggap PAS akan beri laluan dalam pilihan raya umum akan datang, PAS tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, lapor Bernama.
Katanya jika anggota GHB bercadang untuk bertanding dalam pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS.
"30 tahun akan datang sejarah akan mengingati GHB sebagai parti yang memenangkan BN dalam PRU akan datang dan inilah faktor kekalahan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru," kata Mohd Khairuddin dalam sidang media semalam.
Ditanya mengapa PAS tidak memecat serta-merta anggota yang meletak jawatan dan menyertai GHB, Mohd Khairuddin berkata Perlembagaan PAS menyebut bahawa keanggotaan akan terlucut dengan sendirinya apabila mana-mana anggota menyertai parti lain.
"Jika gentleman kosongkan kerusi (bagi ADUN dan anggota Parlimen yang berhasrat sertai GHB), ...biar rakyat tentukan," katanya sambil mendakwa anggota GHB seolah-olah bertindak seperti jurucakap kepada DAP yang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
Semalam, sebanyak 18 AJK PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan bagi menyertai GHB. Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga telah meletak jawatan.
- Bernama

7 comments:

Anonymous said...

PAS menang kerusi di bawah Pakatan Rakyat. Bila PAS tolak PR, PAS lah yang patut kosongkan kerusi, bukannya GHB yang terus menyokong PR. Ini kata Tuan Mat Sabu yang mmemang masuk akal. kalau PAS nak bersekongkol dengan UMNO, takpa, teruskan.

sri hartamas

Anonymous said...

Ini pelik ni,S/ Usaha Pas Serlangor mabuk pil kuda ke? Sedar tak apa yang kau cakap ni.?Sepatutnya kalau kau dan gerombolan peminpin Pas selangor yang sedar diri dan gentelment kamu dulu letak jawtan adun dan ahli perlimen dulu ,bukan suruh orang lain ,apa punya akal nak menipu ,dulu pisah dengan DAP sekarang dalam Serlangor bersama DAP ,mana maruwah diri kamu semua? makan elanun dan gaji haramjadah.apa punya akli S/Usaha Pas Serlangor ni ,otak semua di kepala lutut.

bat8 said...

Tuan Haji

Saya mohon untuk menampal konen saya disatu blog lsun bagi menjawab kenyataan SU PAS Selangor di atas.
................
Dalam PRU 13, PAS, DAP dan PKR tidak bertanding bersendirian dengan menifesto masing-masing. Semua calon dari PAS, DAP dan PKR bertanding sebagai calon PR menggunakan platform dan menifesto utama PR.

Orang PAS sekarang mula menjaja bahawa Adun dan MP PAS yang hendak join GBH kena letak jawatan kerana mereka menang atas tiket PAS dalam PRU 13. Buktinya PR tidak wujud sebab xdaftar seperti BN.

Ini xbetul. Berdaftar seperti BN dgn ROS itu salah satu cara membuktikan semua calon bertanding atas tiket PR. Pendaftaran dengan ROS secara rasmi apa kelebihannya kerana PAS, DAP dan PKR telah berdaftar sebagai parti politik dgn ROS? Kelebihan yg terpenting ialah semua calon dari PAS, DAP dan PKR IALAH KESEMUA CALON PR BOLEH MENGGUNAKAN SATU LOGO PR SAHAJA.

Now, PR telah 2 tahun lebih sebelum PRU 13 cuba mendaftar PR sebagai gabungan seperti BN tetapi ROS masih xmau daftarkan sehibgga PR diruntuhkan oleh HH dan geng ( menggunakan platform PAS) Mengapa? Ia adalah helah UMNO sahaja.

Jadi selain dari berdaftar dgn ROS, ada 2 bukti lain bahawa PR wujud dan calon2 dari PAS, DAP dan PKR bertanding diatas platform dan menifesto utama PR.

Bukti pertama adalah dasar Tahaluf Siyasi PAS sendiri. Tahaluf siyasi ini merupakan kaedah khusus yg diluluskan oleh MSU dan muktamar PAS untuk membolehkan PAS menyertai PR. Kakau tahaluf siyasi ini xde, macamana PR itu wujud?

Kedua, sejak tahaluf siyasi berjalan, secara rasminya semua aktiviti politik PAS, DAP dan PKR berjalan dengan melibatkan ketiga-tiga rakan ini dan dibuat atas nama PR.

Jadi mengatakan calon PAS bertanding diatas nama PAS dlm PRU 13 kerana menggunakan logo PAS adalah tidak betul. Penggunaan logo parti mading2 tetapi membawa platform dan menifesto PR adalah kerana kenkangan undang2 dimana ROS melengah2kan pendaftaran PR sebagai gabungan seperti BN kerana untuk memberi kelebihan kepada BN dalam PRU 13....itu sahaja.

Jadi dakwan yang Adun dan MP PAS yg menyertai GHB perlu meletak jawatan kerana mereka menang diatas tiket PAS xbetul. Semasa PRU 13, PAS, DAP dan PKR tak bertanding sebagai parti masing2. Semua bertanding atas tiket PR. Jentera kempen PAS, DAP dan PKR semasa kempen PRU 13 bergerak atas nama PR.

Ambo kira penerangan pendek ini jelas untuk membetulkan persektif yang dijaja oleh orang PAS dlm isu ini.

............ Walaupun PR sudah runtuh, mandat jawatan yang dipegang oleh Adun dan MP PAS yang menang dalam PRU 13 masih lagi mandat yang terkandung dalam menifesto PR dalam PRU 13. 

Jadi dengan runtuhnya PR, Adun dan MP PAS yang hendak menyertai GBH tidak terikat lagi dengan baiah. Lagipun mereka menyertai GBH untuk meneruskan mandat jawatan Adun dan MP tersebut melalui sebuah pakatan baru yang akan meneruskan agenda PR yang telah berkubur.

Yang patut meletak jawatan ialah Adun dan MP PAS yang menang diatas platform PR dalam PRU 13 yang ingin kekal didalam PAS setelah PR berkubur dan mengunakan mandat jawatan tersebut diatas platform PAS pula.

Anonymous said...

Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu. Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum. "Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang di Butterworth. Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan. Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baru itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Unknown said...

Sedar le diri. DHPP sekarang menang tak cara gentleman tergamak nak suruh orang lain gentleman. Kelepap......kelepap......kelepap (tepuk peha 3X)......PIIIIIIIRAAAAHHH

Anonymous said...

Malu aku punya S/usaha Pas kalau tak cerdik mcam ni.Kau sepatutnya arahkan semua adun dan Ahli Parlimen Pas yang ada di selangor letak jawatan dulu kerana dah tak bersetuju dengan DAP,tunjukan jantan kamu sekelian ,jangn asuruh orang buat padahal tahi depan hisung kau orang ,mana maruwah diri masing2 ni ,hidup nak megmpu presideng aje.

Anonymous said...

Setiausaha pas tp muka umno. Licin berseh. Kaloh noh omar. Loyar selar kuning. Exco pas kena resign. No pakatan dgn dap. Ulamak dah putus. Adun pun kena resign. No maruah lagi. Pas bukan parti islam lg. Jgn perasan. Huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails