Friday, August 28, 2015

GHB Rampas Pejabat Pas Jelebu ?


JELEBU - Seramai 24 orang daripada 28 Ahli Jawatankuasa termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kawasan itu  mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa hari ini.

Sehubungan itu, Pejabat Pas kawasan itu ditutup dan akan menjadi pejabat operasi Harapan Baru kawasan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Harapan Baru Jelebu, Muhammed Zabidi Abdullah berkata, mereka akan menghantar surat perletakan jawatan kepada Pas Pusat minggu depan dan keahlian mereka juga akan terlucut selepas menyertai parti baharu.

"Setakat ini kita telah menerima keahlian seramai 180 orang dan dijangka akan lebih ramai lagi penyertaan.

"Kita menjangkakan seramai 500 keahlian Harapan Baru sehingga hujung tahun ini,"katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam‎.

Hadir sama, Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan, Muhamad Taufek Abdul Ghani.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas sekarang yang membiarkan 'mungkar fitnah' berleluasa semasa pemilihan di dalam Muktamar Ke-61 lalu. - SInar 

10 comments:

Anonymous said...

Kebanyakkan pejabat atau markaz pas dibiayai atau disewa atas nama individu... malah bayaran sewa ada kalanya ditanggung oleh beberapa individu untuk menjalankan aktiviti... tanpa menggunakan duit parti. Majoriti cawangan tidak memiliki markaz, kebanyakkan mesyuarat 'ikut dan' . Harapkan pas kawasan atau negeri nak bantu.... depa sendiri pun perlu bantuan dari cawangan2... ada2 saja derma dan sumbangan yang diminta untuk sesuatu aktiviti.... zuhudlah katakan.

Anonymous said...

Hanya Allah yang maha mengetahui kebenaran sesuatu perkara. Wahai manusia jangan kamu sombong kerana tempat kembali kamu ialah akhirat. Biarlah kembali dalam keadaan beriman bukan sebagai kristian, nasrani, hindu buddha dan sebagainya. Keana kehidupan mereka langsung tiada akhirat. perbuatan mereka, kerja buat mereka, amalan mereka tak kemana setakat dunia sahaja. Adakah kita juga begitu

Anonymous said...

Bang.kau ceramah apa bang?,sesuai ke dengan tajuk ,komen ke tazkirah ,kalau tazkirah .alhamdullilah,

Anonymous said...

Tuan Ibn .tajuk RAMPAS tak sedaplah bang.bagilah tajuk ambilalih .sopanlah sikit.cakap macam hadi je.

Anonymous said...

Keluar Pas kerana fitnah. Benarkah fitnah? Pemimpin PKR sah fitnah TSKI, amacam? Tak pe pulak sekongkol. DAP istiqomah menentang Islam, Hudud, tak pe pulak, sekongkol dg kafirun harbi. Insaflah.

Anonymous said...

Bang.sekarang hudud kat mana bang? senyap je.dalam kain abng ke.kalau nak berjuang untuk hudud jangan separuh jalan.teruskan ,jangan cakap je .buat malu bngsa lain je.Orang bukan tak percaya hujkum Allh tetapi telah di mainkan oleh segolongan yang ambil kesempatan.Aku cabar kau dan peminpin Pas teruskan berjuang hukum hudud hingga berjaya,jangan cari alasan untuk tidak perjunagkan,Kau pandai pula kata PKR fitnah TSKI ,menegnai TSKI bagi duit kepada geng2 dia tu hukum apa bang?

Anonymous said...

Sekurangnya ada usaha menjadikan hudud undang2 utk org islam.. sekali lg... utk org islam.. jgn sekadar bercakap tp tiada usaha mcm anda.. berjaya atau tidak bukan kita yg tentukan.. ada faham

Unknown said...

Tak sabar menanti pru yg akan datang. Undi keluarga ambo tentu tidak lagi kpd parti mat yaakob dan nik amai. Berjaya atau tidak parti pascai ini tumbang bukan kita tentukan.. ambo faham ( pengundi dun salor ).

Unknown said...

Tak sabar menanti pru yg akan datang. Undi keluarga ambo tentu tidak lagi kpd parti mat yaakob dan nik amai. Berjaya atau tidak parti pascai ini tumbang bukan kita tentukan.. ambo faham ( pengundi dun salor ).

Anonymous said...

Tiada siapa peduli mu nk undi sapo.. hak mu lah.. tiada paksaan bagimu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails