Monday, April 13, 2015

Mukhriz Juga Lawan Najib? Gegarkah PM Kali Ini? (14)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?    
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan: Kes Altantuya...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8: Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? 
Siri 9: Apabila Rafidah Aziz Pula Serang Najib... 
Siri 10: Rosmah Dikaitkan Dengan Penolakan Najib Sebagai PM...
 
Siri 11: Najib Perlu Jawab Dr M -BNBBC' Pun Tekan PM Letak...
Siri 12: 
Tun Daim Pula Tambah Percepat PM Turun, PM Sudah T...

    Siri 13: Serangan Terbaru Dr M Jatuhkan Najib? Mengapa.. 
    Siri 14: Mukhriz Juga Lawan Najib? Gegarkah PM Kali Ini? 

    KETIKA pemimpin Umno bersegera mempertahankan presiden mereka Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik kerana tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap perdana menteri.

    Seorang wakil rakyat Umno Kedah mahu Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar jika beliau tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Najib, kerana katanya, anak bekas perdana menteri itu terhutang budi kepada presiden Umno itu untuk jawatannya.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin itu juga mengkritik Mukhriz kerana mengaitkan sokongannya terhadap Najib dengan penyiasatan terhadap syarikat  1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang.

    "Jawatan menteri besar itu dilantik perdana menteri dengan sokongan Adun Barisan Nasional. Kalau beliau tidak lagi menyokong perdana menteri, yang terbaik ialah beliau letak jawatan," kata Ahmad dipetik sebagai berkata kepada satu laporan di portal SuaraTV.

    Ahmad diwawancara portal itu selepas satu mesyuarat luar biasa antara pemimpin Umno negeri, ahli Parlimen Umno dan Adun Umno yang dipanggil pegawai Mukhriz pagi ini.

    Ahmad mendakwa, mesyuarat itu sepatutnya diadakan bagi menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri dan presiden Umno.Najib ketika ini dikrtik hebat pemimpin veteran Umno terutamanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

    Dr Mahathir, bekas presiden Umno dan juga bapa Mukhriz, menggesa Najib meletak jawatan, mengatakan Umno dan BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau tidak berbuat demikian.

    Ini mencetuskan satu arus sokongan terhadap Najib daripada pemimpin akar umbi Umno dan mereka yang berada dalam BN. Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, semasa mesyuarat itu, Mukhriz berkata beliau akan menunggu hasil siasatan audit ke atas 1MDB sebelum menyatakan sokongannya kepada Najib.

    “Mukhriz berkata, dia hanya akan sokong Najib sekiranya siasatan mendapati tidak terdapat salah laku dalam 1MDB. Tetapi, sekiranya hasil siasatan mendapati sebaliknya, dia akan menyebelahi orang ramai," kata Ahmad kepada SuaraTV.

    Ahmad mendakwa beberapa pemimpin Umno semasa mesyuarat itu tidak setuju dengan pendirian Mukhriz itu.

    "1MDB ialah isu pengurusan yang sedang disiasat Jabatan Audit. Ia tidak sepatutnya menjadi penanda aras kepimpinan Najib.
    "Najib sendiri berjanji akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti wujud salah laku," Ahmad dipetik berkata kepada SuaraTV.
    "Saya diberitahu mesyuarat itu untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri, tetapi dalam mesyuarat, menteri besar kata beliau berada di pihak rakyat.
    “Saya pelik. Rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib,” Ahmad memberitahu SuaraTV.

    Ahmad berkata antara Adun yang menghadiri mesyuarat itu ialah Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).

    Ahli exco negeri yang hadir termasuk Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (industri dan pelaburan), Aminuddin Omar (belia dan sukan) dan Datuk Badrol Hisham Hashim (perumahan dan kerajaan tempatan), kata Ahmad.

    Antara ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).

    Lapor The Malaysian Insider.


    Bergegarkah jawatan PM dan Ketua no 1 UMNO/BN kali ini? (IH)

    Video: Hukum Cukai Terhadap Rakyat Selagi Ada Harta Kerajaan - Ustaz Azhar Idrus


    2 comments:

    Anonymous said...

    mcm itu ka..skrg najib x ikut cakap mahathir..patut letak jawatan lor..apa ini wakil rakyat

    Anonymous said...

    Kumpulan 11 siri kedua dalam kekecohan politik negeri kedah telah bermula dulu semasa sanusi mb mahadey panggil mereka tapi kali ini najib ada berani ka panggil mereka untuk bertanya kenapa mukhris mesti letak jawatan bagaimana jika mukhris juga tidak mahu letak jawatan seperti ditekankan oleh bapa mukhris ,ha pakat-pakat trunggu dan fikir bagaimana kesudahannya nanti.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails