Friday, April 17, 2015

Kucing Hitam Ini Macam Doktor Rawat Pesakit..


Rademenes

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung.
SIAPA kata kucing hitam selalu membawa nasib sial? Itu pemikiran khurafat, perlu dibuang dari pemikiran orang Islam.

Buktinya, ini Rademenes, se ekor kucing hitam asal Poland yang justru berhati malaikat (lihatt gambar-gambar). Radamenes adalah salah kucing hitam yang tinggal di sebuah pusat perlindungan haiwan. Setiap hari, kucing ini membantu orang0orang di sana untuk merawat haiwan-haiwan yang sakit layaknya seorang jururawat atau dokter.
Manisnya, kucing hitam ini rawat hewan-hewan sakit layaknya suster


Radamenes sendiri datang ke tempat perlindungan tersebut dalam keadaan sakit. Dia terkena jangkitan pernafasan dan hampir saja mati. Namun orang-orang di pusat perlindungan haiwan berjaya menolong dan menyelamatkan nyawanya. Radamenes pun dirawat hingga kembali sihat.

Nampaknya, untuk membalas kebaikan orang-orang di sana, Radamenes memutuskan untuk membantu. Semua orang di sana pun terkejut ketika mendapati Radamenes sering memeluk haiwan yang sakit dan membersihkan luka mereka.

Dia sering dilihat menemani haiwan-haiwan yang sakit, memeluk mereka, mengurut, dan bahkan menjilat luka mereka untuk membersihkannya dan membuatnya cepat sembuh, seperti yang dilapor oleh Bored Panda.

Dengan cepat saja aksi Radamenes ini menarik perhatian semua orang. Mereka jadi sering melawat Radamenes untuk mengagumi dan memberi semangat padanya.

Biasanya Radamenes paling dekat dengan haiwan-haiwan yang baru sahaja dibedah. Seolah dia mengerti penderitaan haiwan-haiwan tersebut dan apa saja yang baru saja mereka lewati. Haiwan-haiwan sakit itu sendiri sepertinya sangat menikmati perhatian dari Radamenes. 

Orang-orang di tempat perlindungan haiwan menyebut kucing ini sebagai salah satu adik-beradik mereka.

SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah!  (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails