Wednesday, April 15, 2015

6,000 Militan Warga Eropah Di Syria, Bagaimana Mengatasi?






PARIS – Bilangan warga Eropah yang berjuang bersama kumpulan-kumpulan militan di Syria dipercayai melebihi 6,000 orang, kata seorang pegawai kanan Ke­satuan Eropah (EU) dalam wawancara bersama sebuah akhbar Perancis semalam.
“Di peringkat Eropah, kami menganggarkan bahawa antara 5,000 hingga 6,000 individu telah pergi ke Syria,” kata Komisioner Kehakiman EU, Vera Jouriva (gambar) dalam temu bual bersama akhbar Le Figaro.
Menurutnya, angka sebenar mereka dipercayai jauh lebih tinggi berikutan kesukaran untuk mengesan pejuang asing yang terlibat dalam konflik di Syria.
“Semasa serangan di Paris dan Copenhagen, kami memutuskan untuk tidak membiarkan diri kami dikuasai oleh ketakutan,” katanya yang merujuk kepada serangan berkembar kumpulan militan Islam ke atas ibu kota Pe­rancis dan kejadian tembakan di sebuah pusat kebudayaan di Denmark.
“Memberi tumpuan kepada mereka yang mahu pergi ke Syria untuk berjihad atau kumpulan yang kembali daripada konflik tersebut bermakna campur tangan kita sudah terlewat,” tambah Jouriva.
Menurutnya, kajian di Britain mengenal pasti beberapa ciri termasuk keinginan untuk merasai cabaran, kebosanan, ketidakpuasan dengan kehidupan sedia ada atau kurangnya harapan di dalam diri mereka yang memilih untuk meninggalkan keluarga dan pergi ke Syria.
Jelas Jouriva, EU mahu menggunakan kaedah pencegahan sebagai cara untuk mengekang warga EU daripada terus berjuang di Syria dengan meneliti pelbagai faktor selain agama.
Kumpulan militan Islamic State (IS) menubuhkan pemerintahan khalifah Islam selepas menguasai wilayah yang besar di Syria dan Iraq. Tindakan itu menarik minat beribu-ribu pejuang asing untuk menyertai IS dengan ramai antara mereka datang dari Barat.
Lebih 215,000 orang telah terbunuh dalam perang empat tahun di Syria yang semakin didominasi kumpulan-kumpulan militan. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana mengatasinya? Kajian di Britain mengenal pasti beberapa ciri yang memberi tumpuan kepada mereka yang mahu pergi ke Syria untuk berjihad iaitu termasuk keinginan..
  • untuk merasai cabaran, 
  • kebosanan, 
  • ketidakpuasan dengan kehidupan sedia ada 
  • atau kurangnya harapan di dalam diri mereka 
Kajian itu lupa ada 2 perkara lagi..
  • Keyakinan yang teguh kepada aqidah mereka sehingga timbulnya semangat 'mati syahid' bukan bunuh diri.
  • Penghinaan yang berterusan kepada Nabi mereka Muhammad SAW, terutamanya di Eropah dan AS.
Hal ini perlu diperhatikan dan diselesaikan. Wallahu 'aklam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails