Monday, April 13, 2015

Perang Saudi/Yaman: Tv Iran Sahkan Pemimpin Syiah Hutsi Terbunuh.

Tweet stasiun televisi Iran, Alalam. (twitter)





Aden. Stesen televisyen Iran, Al-Alam, Ahad (12/4/2015) awal hari, memastikan berita tewasnya pemimpin Syiah Hutsi di Yaman, Abdul Malik Al-Hutsi (gambar kanan) dalam satu serangan gabungan pimpinan Arab SAudi.

Melalui akaun twitternya,alalam_news, pukul 2:30, disebutkan, 

"Sumber ekslusif televisyen Al-Alam dari Saada memastikan berita meninggalnya pemimpin gerakan Ansharulah, Abdul Malik Al-Hutsi, kerana serangan udara yang dilakukan oleh Saudi."

Sebelumnya, Al-Rai Press, Jumaat (10/4/2015), memberitakan bahawa Abdul Malik mungkin bersembunyi di salah satu gua yang disiapkan oleh Syiah Hutsi di kawasan Maran. Kewujudan dan nasibnya setelah serangan itu tidak diketahui.

Disebutkan juga khabar angin yang beredar saat itu, Abdul Malik telah tewas dalam sebuah serangan pasukan gabungan ke salah satu rumah di Maran. 

Rumah itu dijadikan tempat persembunyian Abdul Malik dan sepupunya, Abdul Majid Al-Hutsi. Abdul Majid terbunuh ketika itu, dan Abdul Malik luka di kepalanya, dan meninggal dunia di rumah sakit. (IH/Msa)

4 comments:

Anonymous said...

l-Alam News Network Twitter account and YouTube channel hacked by Saudi Arabia and temporarily are out of work.
According to Alalam News Network, Saudi Hackers published fales news on Alalam's Twitter and youtube pages.
Hackers access Alalam twitter account to publish a false news about testified of Abdul-Malik Alhuthi, the leader of Ansar Allah on this page.
Saudi Arabia is angry from Al-Alam's news about Saudi Arabia's airstrikes to Yemen in recent weeks.

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih, atas maklumat tuan.

Anonymous said...

we all hopes it was a true infomation about syiah laknatullah..alhamdulillah ..

cucu mamak kutty said...

org yg melaknatkan syiah tu semoga ALLAH melaknatkan nya kembali

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails