Wednesday, April 15, 2015

Artis Hafiz Suip, Mewarna Rambut.. Biasa. Bagaimana Dalam Islam?


TAMPIL dengan imej rambut berwarna, Hafiz mengakui, dia menerima pelbagai tohmahan daripada ramai pihak yang kurang senang dengan penampilan terbaharunya itu.

HALAMAN HIBURAN
TAMPIL dengan imej terbaharu mewarnakan rambut kepada ash grey brown, penyanyi po­pular Hafiz Suip menga­kui dirinya me­nerima banyak tohmahan dan kritikan negatif daripada ramai pihak yang kurang senang dengan penampilan terbaharu itu.

Menurut Hafiz, 25, penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu,  dia hanya merancang untuk me­nukar penggayaan rambutnya kepada cara lain ke­rana sudah berasa bosan dengan imej sedia ada serta mahu mencuba sesuatu yang baharu. 
Namun, menurutnya, kesi­lapan kali pertama yang menyebabkan rambutnya bertukar menjadi merah memaksa dia untuk menukar warna lain.

Lapor Kosmo! sebentar tadi. Tambah sedikit sedutan temubual.

Kosmo!Apa pula komen anda mengenai kritikan daripada sesetengah pi­hak mengenai imej terbaharu ini?

HafizMemang ramai pihak yang memberi kritikan negatif apabila saya tampil dengan rambut seperti ini. Bagi saya, perkara seperti mewarnakan rambut adalah perbuatan biasa bagi sesiapa sahaja. 

Saya tidak kisah kalau ada orang mempertikaikan hukum-hakam mengenai pemakaian atau warna tertentu pada rambut ke­rana saya berpegang kepada nawaitu ketika melakukan perkara ini.

Orang lain boleh bercakap sesuka hati apa yang mereka mahu tetapi niat saya, biarlah diri sendiri yang tahu. Kalau saya melenting dengan segala kritikan tersebut, perkara ini akan menjadi lebih teruk. 

Jadi, saya ambil langkah berdiam diri dan biarkan sahaja kerana tahu apa yang dibuat. Saya tidak buat perkara jahat.

Sekilas Penjelasan. 
Diangkat dari E-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

I. Hukum Mewarna Rambut

Tarikh Keputusan: 
 12 Jan, 2002

Keputusan: 
1. Sunat : Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.

2. Harus :
  1. Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
  2. Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami. 
3. Makruh :

  1. Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
  2. Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram :
  1. Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2 a dan b.
  2. Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 12 Jan, 2002
Nombor Rujukan: 
 [JMKNNS.209(01) 914/1; PU/ NS(JB) 5/2001]
Akta/Enakmen: 
 N,S,P,U. 4

II. Hukum Wanita Mewarnakan Rambut
ISU: Bolehkah wanita mewarnakan rambutnya dengan warna seperti merah atau oren. Adakah sah mandi wajib wanita yang mewarnakan rambutnya?

PENJELASAN:

Mewarnakan rambut kebiasaannya dilakukan sama ada untuk menutupi uban di kepala ataupun semata-mata untuk kecantikan.
Bagi kedua-dua tujuan tersebut, hukum asal mewarnakan rambut sama ada dengan inai atau lain-lain bahan adalah harus selagi mana perkara-perkara berikut dijaga:
  1. Tidak menyerupai wanita-wanita bukan Islam. Sekiranya suatu warna, fesyen warna, gaya warna, ataupun bahan pewarna itu kebiasaannya hanya digunakan oleh golongan bukan Islam, di mana jika seseorang Muslimah memakainya dia akan kelihatan seperti wanita bukan Islam, maka tidak harus mewarnakan rambut dengan warna, gaya, fesyen atau bahan demikian. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ  مِنْهُم Maksudnya, “Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 4/44, no: 4031).
  2. Wanita bersuami hendaklah mendapat keizinan suaminya untuk mewarnakan rambut. Jika suaminya tidak mengizinkan, maka isteri tidak harus melakukannya.
  3. Wanita yang sedang dalam tempoh edah kematian suami tidak diharuskan mewarnakan rambutnya, kerana mewarnakan rambut termasuk dalam perbuatan menyerlahkan kecantikan, dan ia dilarang terhadap wanita yang dalam edah kematian suami.
  4. Warna rambut hendaklah selain daripada warna hitam, kerana menutupi uban dengan warna hitam adalah dilarang oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Di dalam satu hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada Abu Quhafah yang sudah keputihan rambut dan janggutnya, “Ubahlah ini dengan sesuatu, dan jauhi warna hitam”. (Diriwayatkan oleh Muslim, 3/1663, no: 2102). Dalam mazhab Syafie, mewarnakan rambut dengan hitam tidak dibenarkan untuk wanita kecuali dengan izin suami.
  5. Bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut hendaklah daripada bahan-bahan yang suci. Maka tidak harus menggunakan bahan najis atau bercampur dengan bahan najis.
  6. Bahan yang digunakan sebagai pewarna hendaklah daripada jenis bahan yang hanya meninggalkan warna dan bukannya bahan yang melekat dan melapisi rambut yang boleh menghalang air daripada mengenai anggota mandi wajib.
  7. Mewarnakan rambut dilakukan bukan untuk tujuan mendedahkan kecantikannya kepada khalayak yang bukan mahram. Jika tujuan mewarnakan rambut adalah untuk diperlihatkan kepada mereka, maka haram hukumnya. Justeru, wanita yang tidak bertudung di khalayak adalah haram mewarnakan rambut kerana ia adalah maksiat berganda; pertama kerana mendedahkan aurat, dan kedua kerana melakukan tabarruj (berhias-hiasan) di hadapan khalayak ajnabi.
Berkenaan dengan mandi wajib bagi wanita yang mewarnakan rambut, para ulama bersepakat bahawa kewujudan bahan yang melekat dan melapisi anggota mandi akan menghalang sahnya mandi wajib. Justeru, perkara ke-6 di atas hendaklah dijaga bagi mengelakkan masalah ketika mandi wajib. 

Wallahu A’klam. (E-Fatwa)

Sekian. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis (Klik gambar di bawah)
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

1 comment:

Anonymous said...

dikhabarkan, ketika Nabi sampai di kota madinah ketika hijrah, pada ketika itu HANYA Abu Bakr yang TIDAK mewarnakan rambut (maknanya yang lain mewarnakan rambut). sesiapa boleh sah kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails