Sunday, April 12, 2015

Peluang Kerja, Tawaran ISIS Kepada Guru Dan Pembuat Bom..


SEORANG ahli jihad, jihadis atau mujahidin dari Britain yang bergabung dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) mengumumkan peluang pekerjaan bagi penyokongnya. Jawatan yang dimuat naik di Internet itu terbuka bagi siapa saja yang mahu berkerja tetapi tidak mahu bertempur di medan perang. 

Lelaki mengaku bernama Abu Said Al-Britani itu mengatakan tidak ikut bertempur di medan perang adalah selemah-lemahnya iman, tetapi mereka yang ingin menyokong ISIS boleh bekerja di kedudukan antara lain sebagai kakitangan akhbar, jurulatih kecergasan dan pembuat bom.

Akhbar the Independent melaporkan, Jumaat (10/9), jawatan untuk sepuluh jenis pekerjaan itu muncul bulan ini. Ahli sukarelawan juga diperlukan untuk menanamkan doktrin kepada anak-anak di wilayah kekuasaan ISIS. Mereka dikehendaki melaksanakan undang-undang syariat dan merawat pejuang ISIS yang luka.

Jawatan pertama bagi kakitangan akhbar ISIS akan bekerja di bahagian media centre. Al-Britani menuding media Barat menyebarkan propaganda negatif terhadap ISIS. Dia menyatakan kedudukan kakitangan akhbar adalah untuk mengaut sokongan khalayak melalui media dalaman.

Hasil kerja media centre ISIS itu boleh dilihat dari munculnya video tawanan yang dipenggal beberapa waktu lalu dan diterbitkannya majalah Dabiq. Kedudukan lain yang diperlukan adalah doktor, juru masak, dan mekanik. Untuk kedudukan pembuat bom, mereka juga harus bersedia memakai pakaian berisi bom syahid.

"Para sahabat yang berada di kedudukan pembuat bom adalah teras dan tulang belakang dari semua operasi," kata Britani. Selain itu diperlukan juga polis syariah yang berkawal di jalan untuk menentukan rakyat memakai pakaian menutup aurat dan tidak melanggar syariah.
"Mereka bertugas di jalan dengan membawa tongkat untuk mendakwa siapa saja yang melanggar undang-undang. Mereka juga ditugaskan untuk sebat dan memenggal orang yang bersalah," jelas Britani. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails