Ini dia bakal Menteri Pendidikan Malaysia jika PR perintah 
Ketua Dewan Pemuda Pas, 
Nasrudin Hassan berkata, Pas telah membentuk Kabinet bayangannya sendiri
 selain berperanan sebagai penyemak kepada kerajaan sedia ada.
 "Saya telah dilantik 
sebagai Menteri bayangan Pendidikan. Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ahli 
Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai Menteri bayangan 
Kementerian Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. 
Hatta Ramli memegang portfolio Menteri Kewangan.
Beliau tidak pula 
menyatakan apa pula portfolio yang disandang oleh Tuan Guru Presiden 
Haji Hadi.Mungkin Nasrudin lebih suka supaya orang ramai  berteka teki 
mengenainya! Mungkin juga nak jaga hati seseorang?
 Aku tertarik dengan 
pendedahan Nasrudin ini. Terfikir kepada ku, kalau dua orang ahli 
parlimen yang baru saja dilantik sudah boleh jadi Menteri bayangan 
Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, nak tahu bagaimana pula 
gerangannya dengan mereka yang telah punya pengalaman yang lebih lama 
lagi; umpamanya Khalid Samad (2 penggal), Mahfuz Omar (3 penggal), 
Mujahid Hj Yusof Rawa (2 penggal) – sekadar menamakan beberapa nama.
 Dan bagaimana pula 
dengan kedudukan Timbalan Presiden Mat Sabu? Walaupun beliau kini tidak 
lagi merupakan seorang Ahli Parlimen, tetapi kita jangan lupa bahawa Mat
 Sabu juga banyak pengalaman.Takanlah kita nak lupakan jasa Mat Sabu dan
 meminggirkan beliau begitu sahaja?
 Beliau pernah mewakil parlimen Nilam Puri, Kubang Kerian, dan Kuala Kedah.
Walau bagaimana pun aku tertarik juga dengan kenyataan Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari Abdul Aziz yang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddindan juga Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan kerana membangkitkan soal kabinet bayangan di sini
Walau bagaimana pun aku tertarik juga dengan kenyataan Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari Abdul Aziz yang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddindan juga Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan kerana membangkitkan soal kabinet bayangan di sini
Diangkat dari http://alhusseyn51.blogspot.com/  
Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

 
  
 

1 comment:
nmpk sangat kemaruk puak Pas nie !
sendiri syok ! baru saja kj cabar...dah melenting !...meluat aku puak puak mcm nie !...geng padu padu kot ! UG maa !? Pas akan rosak dgn 2 tiga kerat berperangai cam nie !??
Post a Comment