Thursday, May 02, 2013

40,000 Pengundi Hantu Diseludup JPM, Ini!!!

 

PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.

“Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak),” kata Anwar.

Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.

“Jumlah kemasukan mereka pada nasa kritikal ini membimbangkan, sama ada memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional,” kata Anwar.

Justeru, beliau menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa.

“Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan pengundi asing ini?” soal Anwar.

Beliau turut mempersoal sama ada Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA.

“Sebab kita ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.
“Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab. 

Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan.
“Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi,” kata Anwar.

mengungkapkan 'Bukti Najib Terlibat Angkut Pengundi Hantu Terbarai.'.

Ini adalah maklumat baru yang diterima. Beberapa buah emel antara kakitangan penerbangan Air Asia dan pegawai tertinggi syarikat penerbangan tambang murah itu terbongkar!  Projek menerbangkan pengundi hantu untuk didaratkan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor sudah pun bermula sebaik BEKAS perdana menteri, Najib Razak membubarkan parlimen 3 April lalu.


Antara emel yang bocor menunjukkan beberapa penerbangan sewa khas (chartered flight) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju LCCT sudah dirancang antara 4 Mei hingga 7 Mei.

Paling mengejutkan didapati sembilan penerbangan serupa turut akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor yang jelas membuktikan negeri di selatan Semenanjung itu juga sudah tidak selamat buat Barisan Nasional (BN).


Kesemua penerbangan tersebut dijangka akan tiba pada bila-bila masa tidak termasuk penerbangan serupa yang dikendalikan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Emel itu juga mendedahkan setiap satu penerbangan itu boleh membawa seramai 180 penumpang yang dipercayai pengundi hantu warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.
Kesemua emel tersebut turut membabitkan ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) itu, Tony Fernandes dengan CEO di Malaysia, Aireen Omar dengan pengurusan tertinggi supaya cuba meminimumkan gangguan penerbangan biasa apabila penerbangan sewa khas itu mula membawa pengundi hantu tersebut.



Pegawai dan kakitangan yang namanya tertera di dalam kandungan emel tersebut diminta tampil menafikan bahawa emel di atas adalah palsu atau berdepan dengan tindakan tegas apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Inilah bukti bagaimana Najib mengotakan kata-katanya iaitu Putrajaya mesti dipertahankan dengan air mata darah sekalipun.~mpr


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang penting bagaimana mengatasinya? Tentu parti-parti ada cara mengatasinya dengan segala cara. Perlukah aksi bersungguh-sungguh mujahid-mujahid Islam dalam menegakkan kebenaran dan keadilan?
(Dari IH)

6 comments:

Anonymous said...

Inilah dia yg dikatakan oleh hishamudin dan prngerusi dpr yg akan berlaku kekecohan pada hari mengundi. Sapa tak blh cam muka babi2 ni semua; bangla,indon dll. Bila petugss pakatan rakyat ingin mencegah, polis/spr akan masuk campur dan membenarkan babi2 ni mengundi

Anonymous said...

senang ja,nanti bila nak mengundi nanti kalau kita nampak muka muka yang meragukan tu,tahan ja pas tu suruh dia nyanyi lagu jalur gemilang dan rukun negara.kalau kantoi tangkap terus.amacam???

888jackaroo said...

apa la bhasa kome ni... membabi kan org lain. haru2x...

Anonymous said...

Pakatan Rakyat ada SISMEP yg dapat mengesan pengundi hantu ,jadi seawal-awal lagi buang semua nama pengundi hantu ,buat senarai yg dah dibersihkan. Ini saja cara mengajar SPR , JPM, JPN. Bila Mat Bangla, Mat Pakistan, Myanmar, Nepal, datang nak pangkah undi, nama tak tersenarai, padan muka . Parti Pakatan Rakyat mesti berani bertindak. Jangan harapkan SPR,kerana mereka menyebelahi BN.

SentiasaPanas said...

Dan hari ini, dengan sifat penuh munafik, Anwar menafikan perkara ini..huh

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah... terbukti sudah, Anwar sendiri menafikan pernah buat kenyataan 40 ribu Bangla masuk mengundi... FITNAH lagi.. kan Allah dah tunjuk bukti... Manusia MUNAFIK inikah yang hendak jadi pemimpin Malaysia... Na'u'zubillah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails