
LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.
Pelancaran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi. Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama. Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:
“Sesungguhnya
 saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan
 pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan 
kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga 
kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan
 rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya 
berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua 
kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.
Beliau
 adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling 
layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang 
cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada 
semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa 
yang lalu.”
Sebelum
 pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya 
dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan 
menyampaikan ceramah di Shah Alam.
(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu pandangan Al-Qaradawi, belum lagi pandangan ulama, pemimpin dan rakyat Malaysia melalui jumlah kerusi parlimen yang dimenangi? 

 
 

2 comments:
Minta tuan sertakan sekali video Dr Yusof Qardhawi menyokong Anwar Ibrahim jadi PM. Susah sikit nak percaya kalau surat menyurat ni. Kan zaman kita sekarang zaman teknologi. Itu sahaja yang saya minta.
Mana ada video, semua ni tipu....Nik Ajis bapa munafik.
Post a Comment