Friday, April 26, 2013

Fokus Isu PRU13 Bukan Hudud -Tun Ibrahim


SHAH ALAM - Semua pimpinan dan ahli Pas digesa agar tidak menyentuh dengan lebih lanjut berhubung perlaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara. Sebaliknya, ahli parti perlu fokus dalam isu-isu pilihan raya termasuk dalam menerangkan kepada pengundi tentang manifesto PR.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ahli Pas terutama pimpinan utama perlu elak dari menyentuh isu-isu kontroversi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) kerana ianya akan merugikan parti.

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula enggan mengulas lanjut isu hudud dan masih berpegang kepada pendirian parti dalam manifesto PR.

"Biar Harun Din jawab. Saya masih berpegang kepada manifesto PR," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13. (SH)

1 comment:

ulitmayang said...

isu ini mula dijual oleh pelacur politik , nasha minggu lepas

- dia ni adalah 'pengemar' & penyokong tegar UG dulu

- melepas dia utk jawatan 'menteri' yg dijanjikan umno

ULAS SIKIT

setuju 100% dgn artikel ni [ tak sempat nak menulis , isi kandungannya sama & serupa spt penulis di atas , tahniah ]

penulis masih berlapik dlm hujahnya lebih baik berterus terang je

1. raksasa 1 - haron din

- dgn bodoh , benggap dibuat nya ulasan tentang hudud ni dlm TV 1,2,3,4,5,6,7,8,9

- betul2 benggong ulasan - tak tau langsung ilmu mantik & poliitk

- itu lah kalau ulamak yg tak ada ilmu poliitk membuat bahasan & hujahan bodoh , dlm keadaan 'peperangan' skrg ini.

2. raksasa 2 karpal singh

- tugas wartawan utk melaga2kan PAS & DAP

- wakil DAP dia ni lah - wakil PAS yg agak KERAS & MENONJOL skrg ni haron din

3. raksasa 3 TGNA

- ulasan betul , bagus tapi tak kena keadaan , masa & tempat dlm suasana 'berperang' dgn umno kini

NOTA

- bukan masanya utk memberikan ulasan , pendapat , komen kpd wartawan umno ni

- cadangan 'BERPUASA' dpd wartawan umno nampaknya gagal

- nafsu utk bercakap dgn wartawan umno ni begitu gelojoh sekali

- InsayaAllah , selepas kejatuhan Putrajaya nanti , kita mintak supaya PM umum kan pembinaan kilang mikrophone terbesar di dunia di malaysia

- berikan setiap seorang pemimpin2 PAS & DAP terutamanya , satu set microphone

- jangan bagi dia org ni tidur selama 7 hari 7 malam

- make sure semua pemimpin2 PAS & DAP terutamanya di interview di semua slauran TV, 1,2,3,4,,5,6,7,8,9

- kalau tak cukup channel ,,,, kita import saluran TV AMERIKA , EUROPE , JEPUN dan seluruh dunia

- kita jemput semua wartawan seluruh dunia utk membuat interview dgn semua pemimpin2 PAS & DAP NI ,,,,jemput dari LAJAZERA , BBC , CNN, dll

- sediakan juga makan minum yg mencukupi utk pemimpin2 ni utk selamam 7 hari 7 malam

- sediakan juga ambulan & team perubatan utk memastikan semua pemimpin2 PAS & DAP ini sihat walafiat utk berjaga selama 7 hari 7 malam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails