Saturday, August 18, 2012

Pandang Berat Di Myanmar -NGO Bangsa Aceh M'sia

2012-08-18 03.28.23.jpg


KL 18 Ogos 12: NGO Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia memandang berat kepada perkembangan yang berlaku di Myanmar. Kata Pengerusinya Tgk Mansur Din (gambar) ketika ditemui di sini malam tadi.

"Kita harap pemimpin-pemimpin Islam di seluruh dunia segera mengambil berat atas perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.

"Kami seolah-olah masih terasa kesengsaraan yang pernah kami lalui dulu, kami tidak mahu ianya berlaku di mana-mana lagi di dunia ini." Kata Tgk Mansur.

Beliau mewakili anak bangsa Aceh di Malaysia yang baru mendapat kelulusan penubuhan NGO Kebajikan bangsa Aceh di sini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Dalam Negeri yang telah meluluskan NGO tersebut. Nama asalnya adalah 'Peduli Aceh' telah ditukarkan kepada nama ini atas nasihat dari KDN.

"Al-hamdulillah dan terima kasih kepada KDN." Jelas beliau lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai NGO ini, sila hubungi Tgk Mansur Din  014 2243408
(IH/Tgk Ahmad Muhammad)

 Pernah ribuan sami Buddha keluar ke jalan-jalan raya di Burma tuntut demokrasi dan ...

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails