Monday, August 13, 2012

Hilang Nyawa Kerana Judi, BN Tanggungjawap?


KUALA LUMPUR - Bahana hutang judi, seorang lelaki Myanmar mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan di sebuah pusat snuker di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, Pa Ram Nana, 27, sempat melarikan diri ke sebuah kafe siber yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat dia dikelar sebelum disahkan mati.

Sumber memberitahu, sebelum kejadian, mangsa yang memakai baju T kelabu dan seluar pendek itu didapati telah bergaduh dengan seorang rakannya di pusat snuker itu dipercayai mengenai hutang judi.
Katanya, mangsa merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian.
(Kosmo)

Komen weblog Ibnu Hasyim: Itulah antara bahaya judi, kerana itu Issam mengharamkannya. Mengapa kerajaan BN masih biarkan premis, tempat-tenpat pembiakan judi dan sumbernya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails