Friday, August 17, 2012

Pelacur Topeng Lawatan Sosial Tak Boleh Selesai?

Antara yang ditahan oleh anggota polis dalam Operasi Pelacur di Dataran Mentari, Petaling Jaya.
Antara yang ditahan oleh anggota polis dalam Operasi Pelacur di Dataran Mentari, Petaling Jaya.

PETALING JAYA: Seramai 12 wanita penghibur warga China ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari di sini, tengah malam tadi. Serbuan oleh Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu turut menahan 20 lelaki tempatan yang sedang berhibur.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, ketika serbuan 12 wanita yang berusia di antara 25 hingga 45 tahun itu sedang menghiburkan pelanggan. Katanya, dua wanita yang ditahan tidak mempunyai pasport dan sepuluh lagi menyalahgunakan pas lawatan sosial.

"Mereka tidak mengikut peraturan pas lawatan dan kesemua mereka dibawa ke IPK Selangor untuk siasatan," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, 20 pelanggan yang ditahan turut dibawa ke IPK untuk siasatan lanjut sama ada premis berkenaan menawarkan khidmat pelacuran atau tidak. Menurutnya, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas lawatan yang sah dan Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen kerana langgar syarat. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Najis pelacur itu bukan 'khidmat pelacuran', bukan 'wanita penghibur', yang tidak mampu kerajaan Barisan Nasional hapuskan sejak merdeka lebih setengah abad dulu. Tidak pasti samada kerajaan Malaysia tidak mampu atau sengaja tidak mahu selesaikan.

Itulah, bila lantik pemimpin bukan dari kalangan ahli agama atau parti yang berdasarkan Islam.  Konon BN yang menguasai MCA atau MIC, tapi yang jelas, ahli maksiat yang kuasai BN dan UMNO? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails